Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 31, 2021 @ 10:35am

“Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

Kontroversi melibatkan pasangan pengantin popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas, Mohammad Haris Ismail atau PU Riz yang dikatakan pergi ke Langkawi dengan tujuan berbulan madu adalah tidak benar.

Polis Daerah Brickfields mengesahkan, memberikan kebenaran kepada Neelofa dan tiga individu lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja dan bukan seperti yang diperkatakan.

Malah, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata mengikut permohonan itu, mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Aliza Ali memberitahu pengacara dan usahawan itu dan suaminya sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu Chatime.

“Kita juga memperolehi kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan”

“Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan,” tulisnya dalam sebuah posting menerusi instagram story produk minuman popular itu.

Terdahulu, beberapa gambar pasangan ini dilihat merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

 

Sumber : BH, Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Jan 2020

1月4日有流星雨!每小时预测可看到约120颗流星划过

没有看过「流星雨」的朋友注意啦!本周六(1月4日)将出现预计每小时120颗流星划过天际。

Trending Fri, 3 Apr 2020

#StayAtHome, TikTok ‘Mop Lantai’ Yuna Kini Ditonton Setengah Juta Orang. Wow!

Part pakai baju kahwin tu, pergh! Gigih giler kot Yuna.

Selebriti Sun, 8 Oct 2023

Letak Emoji Hati, Naim Daniel & Iman Troye Bercinta?

Sepadan jugak kalau betul diorang bercinta 😍

Acara Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Ambil Kesempatan Cium BCL Semasa Konsert, Ramai Terkejut & Kecam Ray Prasetya

Opsss! Min pun lagi kaget ngeliatnyaaaa Ray….🤦‍♀️

Featured Wed, 2 Nov 2022
error: Content is protected !!