Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 7, 2021 @ 1:21pm

Dipilih Sebagai Duta Projek, Patung Ejen Ali & Alicia Dipamer di River of Life

Patung figura animasi popular, Ejen Ali dan Alicia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama dipamerkan di lokasi tarikan pelancongan terkemuka River of Life (RoL) yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur bermula 4 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihak Media Prima Berhad dan WAU Animation selaku penerbit Ejen Ali berbangga apabila karakter animasi itu dipilih sebagai duta projek memfokuskan pemeliharaan alam sekitar dan sungai terbabit.

“Sebagai jenama animasi yang berjaya menyentuh ramai, sememangnya kerjasama ini sangat bermakna buat kami. Sebagaimana masyarakat tahu, penjenamaan Ejen Ali itu sendiri sudah begitu kuat.

“Kini, ia dipilih pula untuk tujuan murni berkisar memberi kesedaran mengenai penjagaan kesihatan, sungai, dan lain-lain. Sekali gus, ia membuktikan animasi ini mampu membawa perubahan dalam masyarakat,” katanya.

Pada 4 April lalu, upacara pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Khairul serta beberapa kenamaan lain.

Turut berkongsi kegembiraan itu, pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, mereka berbesar-hati menyokong penuh misi terbabit yang semestinya begitu penting untuk meningkatkan kesedaran ramai.

“Daripada pihak kami pula, lima video mengenai kesedaran penjagaan alam sekitar dan sungai dihasilkan sempena projek ini. Kami berharap ia bakal meninggalkan kesan mendalam dan bermanfaat dalam mencapai misi kesedaran ini,” katanya.

Pada masa sama, Usamah berharap patung figura seberat 350 kilogram dan berketinggian empat hingga lima kaki terbabit tidak akan menjadi mangsa vandalisme.

“Memandangkan ia dipamerkan di tempat awam, harapnya pengunjung tidak akan merosakkannya. Kami ingin melihat patung figura itu menjadi lambang penting dalam misi murni projek ini,” katanya.

Kerjasama terbabit adalah inisiatif terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam misi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai sebagai sumber bekalan air bersih dan sebagai habitat alam semula jadi diterima secara berkesan.

Ejen Ali dipilih sebagai ikon kempen kesedaran ini demi memberikan impak yang lebih signifikan kepada usaha untuk memberi pemahaman kepada orang ramai mengenai objektif dan manfaat projek RoL dalam penjagaan sungai di kota raya ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]

Hiburan Wed, 23 Apr 2025

Nora Ariffin Bersuara Tentang Maksud ‘Orang Ketiga’ Dalam Rumah Tangga

Nora Ariffin kongsi maksud orang ketiga dalam rumah tangga

Trending Wed, 23 May 2018

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图

10张让你秒懂「男女到底差在哪」的超中肯爆笑图,#5女生车子里真的都这样啊!

Hiburan Mon, 13 Jan 2025

Tidak Lagi Berselindung, Erra Fazira Kongsi Keakraban Bersama Mr. E

Erra Fazira terbuka kongsi keakraban dengan Mr. E

error: Content is protected !!