Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 7, 2021 @ 4:54pm

“Boleh Pulak Diam, Kepala Mak Ditonjol-tonjol…” Tak Sempurna Mencintaimu Bikin Penonton ‘Naik Hantu’

Nampaknya drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan di slot Akasia ini sekali lagi berjaya menarik perhatian penonton drama tempatan. Mana tidaknya jalan cerita yang tidak boring dengan gandingan pelakon yang hebat menjadi antara penyumbang terbesar kepada populariti drama ini.

“Bye Kdrama. Tolong lah tengok drama ni! Pelakon semua hebat, lokasi penggambaran cantik,jalan cerita tidak boring. Yang penting, Sirat dan Taqim saya suka!”
Itu antara ciapan pengguna di laman sosial Twitter mengenai drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan sejak 29 Mac lalu. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah dan ramai lagi maka tidak mustahil lah sekiranya setiap kali tayangan sahaja drama ini akan mengungguli carta trending #1 di Malaysia.

 Watak Azza & Lydiawati buat penonton ‘naik hantu’…

Malah, watak yang dipegang oleh Azza Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza Elite juga antara yang paling ditunggu-tunggu peminat drama ini sehinggakan ada segelintir netizen yang menganggap sesiapa sesiapa yang mendapat kakak sebegitu  mempunyai nasib yang malang.

Bukan itu sahaja, watak antagonis yang dibawakan oleh pelakon Lydiawati juga cukup memberi kesan sehingga penonton terbawa-bawa dengan emosi  geram, marah, sedih, terutamanya ketika scene menolak kepala pelakon Wan Maimunah.

Drama yang diadaptasi dari novel yang menggunakan judul sama adalah hasil garapan skrip Eja Lorena, Marr Mohamad dan Lynnda Sharuddin ini ternyata mampu berada sebaris dengan drama seperti Takdir Yang Tertulis dan Hati Yang Tersakiti.

Jadi kepada semua penonton dan peminat drama Tak Sempurna Mencintaimu janagn lepaskan peluang untuk saksikan drama ini  pada setiap Isnin hingga Ahad pada jam 7 malam hanya di TV3!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Featured Tue, 27 Nov 2018
Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Pergi Jujur Kat Wife Kau, Sampai Bila Pula Hidup Aku Nak Jadi Simpanan?” – Luah Rasa Berang, Fyna Jebat Tuju Kepada Siapa Tu?

Fyna turut menegaskan dia tidak lagi mahu berdiam diri dan memilih untuk membawa perkara itu ke undang-undang.

Hiburan Mon, 26 May 2025

[VIDEO] “Bukan Sebab Suami Reda, Tapi Hukum Tetap Haram’ – Tindik Hidung, PU Syed Tegur Sharifah Aleya

PU Syed turut mengingatkan agar larangan agama diletakkan sebagai keutamaan

Featured Sun, 20 Feb 2022
error: Content is protected !!