Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 8, 2021 @ 4:26pm

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial.

Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang setia mengikuti jalan cerita ini.

Terbaru, watak Melissa lakonan Rita Nadira berjaya mencuri perhatian netizen.

Dalam episod 10, Melissa dilihat bertengkar dengan Mustaqim lakonan Reza Rosli, walaupun Melissa telah menikahi ayah Mustaqim namun dia masih menyimpan perasaan terhadap anak tirinya.

Justeru, perkara itu menimbulkan kemarahan penonton dengan sikap Melissa.

Ramai yang mempertikaikan sikap Melissa yang tidak mengetahui hukum hakam agama sehingga ingin menikahi anak tirinya sendiri.

 

Drama yang menampilkan lakonan hebat Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi ini bersiaran setiap Isnin hingga Ahad pada jam 7 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Mar 2023
Featured Mon, 27 Apr 2020
Trending Tue, 17 Nov 2020
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Tue, 24 Jun 2025

Kereta Porsche Selebriti & Usahawan Wanita Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury

Kenderaan mewah milik selebriti dan usahawan wanita itu disita di kawasan sekitar Lembah Klang.

Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Sat, 13 Sep 2025
error: Content is protected !!