Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 21, 2025 @ 1:30pm

[VIDEO] Terharu Diminati Selama 10 Tahun, Ernie Zakri Taja Kos Mekap Peminat Bertuah! – “Dia Istimewa Di Hati… Hormat Masa Saya Bersama Keluarga”

Penyanyi, Ernie Zakri menaja kos mekap salah seorang peminatnya yang dikenali sebagai Nisa Rina sebagai salah satu tanda terima kasih dan penghargaan atas kesudiannya membeli tiket ke Konsert Aura pada Sabtu ini.

Ketika ditemui XTRA, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, mengakui tersentuh atas kegigihan peminatya yang berasal dari Sabah yang dikatakan telah meminatinya selama 10 tahun.

“Dia kata dia dah minat saya 10 tahun, tapi saya tak pernah berjumpa. Kadang-kadang kita ada peminat yang kita tahu muka familiar, tapi bukan dia sebab dia duduk di jauh.

“Saya tengok video dia menangis battle beli tiket, benda tu membuatkan saya terharu kerana saya memikirkan bukan dia saja seorang yang seperti itu, ada juga orang lain yang menghargai Ernie Zakri.

“Jadi itu adalah tanda terima kasih saya kepada dia. Kalau boleh saya nak bagi semua kepada orang yang beli tiket saya tu sesuatu, tapi saya rasa mesti saya berikan kepada dia sebab dia memang orang kata peminat yang dah lama meminati ernie zakri,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Masing Masing ini tidak menafikan dia menghargai Nisa yang dikatakan seorang peminat yang  menghormati masanya bersama keluarga

“Sebagai tanda penghargaan. Katanya dia pernah tersermpak dengan saya tapi dia tak tegur saya sebab masa tu saya dengan keluarga. Saya rasa benda tu sangat besar sebab dia menghormati saya. Bayangkan bila kita dah minat seseorang tapi bila dah depan mata kita tak tegur sebab kita hormat masa dia dengan keluarga.

“Jadi saya rasa ini adalah seorang peminat yang sangat istimewa di hati saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nisa memuat naik sebuah video berkongsi rasa teruja apabila kakak Ernie, iaitu Yaya Zahir berusaha menghubunginya untuk memaklumkan berita tersebut.

Ia susulan Nisa yang bersemangat membeli busana bagi menghadirkan Konsert Aura yang bakal berlangsung pada Sabtu ini bertemakan warna pastel ‘dress to impress’.

@nisa_rinaa

Bangun tidur lepas dari balai polis seharian, I received few messages from kak @Yaya Zakri. Dengan keadaan mamai, I terkebil-kebil baca message yang I terima. Like “WHATTT ?”. Semorang kena tahu, @erniezakriez HAS A GOLDEN HEART ! I LOVE YOU KAK NINIE #foryou #foryoupage #fyp

♬ original sound – Nisa Rina | Anak Perantau – Nisa Rina | Anak Perantau

Berkongsi mengenai persediannya menjelang Konsert Aura yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, Ernie menjanjikan pelbagai kejutan buat peminatnya, Ernienators yang sentiasa menyokong sejak awal kemunculannya dalam industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Aug 2021

“Hari Ni Our Wedding Anniversary, Jadi Pula Macam Ni” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Positif Covid-19

Pelakon Datin Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif wabak Covid-19. Eina menceritakan khabar duka ini menerusi salah sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram […]

Featured Sat, 25 May 2024

Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Haa, dengar penjelasan Adira tu okay jangan asyik tanay nanti kena babap. Awas!😅

Trending Mon, 23 Mar 2020
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Kontroversi Antara Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Belum Berakhir!

Kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

Menurutnya, situasi di Rembayung berbeza berbanding restoran yang beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana pelanggan perlu beratur di kawasan terbuka

Trending Tue, 26 Nov 2019

Bye Bye Angels, The 2019 Victoria’s Secret Fashion Show Is Canceled As People Demand For More ‘Diversity’

It looks like there won’t be any angels strutting down the runaway this year..

error: Content is protected !!