Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 9, 2021 @ 8:11pm

Suka ‘Modify’ Kereta & Motor, Shah Iskandar Pernah Berhabis RM1 Juta

Pelakon Shah Iskandar mendedahkan dia pernah berhabis hampir RM1 juta untuk memenuhi keinginan untuk mengubahsuai kereta dan motosikal.

Menurut Shah atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz, 39, nilai tersebut merupakan anggaran jumlah wang terkumpul semenjak dia melibatkan diri dalam bidang hiburan.

“Semenjak melibatkan diri dalam bidang hiburan semenjak tahun 2006, saya menggunakan wang hasil kerja untuk mengubahsuai kereta dan motosikal. Jika dikumpulkan, amaunnya mencecah RM1 juta.

“Ketika itu saya masih bujang dan nama pula dikenali, jadi saya hanya puaskan keinginan saya sahaja. Pada masa itu, saya ada enam kereta dan enam motosikal,” katanya.

Shah ditemui di majlis doa selamat pembukaan ruang acara, Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Kini, pelakon drama bersiri Fira Ayuni ini mula memberikan fokus terhadap perkara lain.

“Kini, saya hanya ada dua kereta dan satu motosikal. Saya mula memikirkan tentang masa depan keluarga. Selepas dikurniakan anak sulung tahun lalu, saya akui semakin matang. Saya mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

“Zaman populariti juga sudah berlalu. Tawaran tak sebanyak dahulu, jadi saya perlu memikirkan perkara lain. Saya melibatkan diri dengan Stesen Seni.

“Perkara ini terhasil dengan bantuan rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Istimewanya, Stesen Seni berjaya disiapkan dengan menggunakan tenaga komuniti ini sendiri.

“Penubuhan Stesen Seni adalah sebagai satu platform untuk penggiat seni berkarya. Mereka yang dimaksudkan ini adalah terdiri daripada pelakon, pelukis, penyanyi, pemuzik dan sebagainya.

“Stesen Seni yang berkonsepkan ‘kepelbagaian’ mempunyai pelbagai fungsi iaitu ruang acara, ruang penggambaran, bilik rakaman muzik dan studio latihan muzik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai 29 Mei Lalu – “Anak-Anak Di Bawah Jagaan Ibu Mereka”

Hafiz Suip bercerai talak satu dengan Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

“Sebelum Nak Upload Sesuatu, Saya Akan Fikir Banyak Kali” – Aliff Iskandar Enggan Popular Kerana Kontroversi

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar, 21, enggan menempa populariti dengan mencipta sebarang kontroversi. Tersenarai sebagai calon akhir kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 34 yang berlangsung baru-baru ini, Aliff lebih selesa […]

Drama Tue, 14 Apr 2026

3 Drama TV3 Dominasi Ramadan Raya, Episod Akhir Kerana Cinta Itu Dusta Jadi Tumpuan Malam Ini

Sepanjang Ramadan hingga Syawal tahun ini, TV3 terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju drama tempatan menerusi tiga naskhah utama.

Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Wed, 12 Mar 2025

Aktif Lahirkan Usahawan Baharu, Zamshuri Ramli Rindukan Dunia Lakonan

Kini aktif dalam bidang perniagaan, Datuk Zamshuri Ramli rindukan lakonan.

error: Content is protected !!