Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 6, 2018 @ 7:30am

PM Umum Parlimen Bubar Esok

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi ucapan selama 16 minit yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian mulai jam 12 tengah hari ini.

Dalam ucapannya, Najib berkata beliau sudah menghadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.

PRU-14 adalah yang kedua di bawah kepemimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Susulan pembubaran Parlimen pada hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Ketika ini, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Trending Thu, 11 Mar 2021
Selebriti Thu, 30 Nov 2023
Featured Tue, 7 Apr 2020
Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Mahu Terus Hulur Bantuan, Elly Mazlein Sebak Terkenang Nasib Kanak-Kanak Memerlukan

Elly Mazlein sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya golongan kanak-kanak.

Featured Tue, 25 Apr 2023
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menzahirkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya penuh dengan sifat belas ihsan selepas membantu pelakon, Azar Azmi.

Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!