Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 13, 2021 @ 12:04pm

Kedai Makan, Restoran Dibenarkan Beroperasi Sehingga 6 Pagi Sepanjang Ramadan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan restoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 pagi sepanjang ramadan ini.

Perkara itu diputuskan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat ketetapan bagi memudahkan rakyat khususnya golongan bujang untuk  mendapatkan makanan untuk bersahur. Namun, ianya tertakluk kepada syarat  lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

“Kebenaran operasi sehingga jam 6 pagi ini hanya tertakluk sepanjang Ramadan saja,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.

Selain itu, kebenaran penganjuran majlis berbuka puasa seperti di hotel dan premis lain juga dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat malah,  kapasiti tetamu juga perlu mengikut kebenaran ditetapkan kerajaan selain menyediakan pramusaji untuk juadah bufet.

“Penjarakan sosial dan susunan meja sejauh dua meter setiap satu perlu dipatuhi selain memerlukan pemantau untuk memastikan tetamu mematuhi SOP”

 

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Feb 2023
Trending Thu, 22 Aug 2019

68 Penerbangan Masih Mengalami Gangguan Sistem

Memandangkan sistem masih ada gangguan jangan lupa datang ke KLIA awal ye

Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Mon, 20 Apr 2020

Kes Kluster Baru Ditemui Membabitkan 43 Orang Pelajar Malaysia Di Indonesia

Temboro,Indonesia telah diisytiharkan sebagai zon merah..

error: Content is protected !!