Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 23, 2021 @ 4:39pm

Pemeriksaan Terhadap Pelajar Datang Bulan Di Sekolah Tidak Sepatutnya Berlaku – Rina Harun

Susulan berita yang tular di laman sosial mengenai sebuah sekolah yang melakukan pemeriksaan datang bulan terhadap pelajarnya, malah mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.

Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan “pemeriksaan datang bulan” terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi. Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita,” katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 hari ini.
Sumber : BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Mon, 17 Nov 2025

Pendedahan Ardell Aryana Mengenai Kehilangan Kapal Mikeno, Misteri Sel 12 & Dipaksa ‘Free Hair’

Ardell Aryana, akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai kejadian yang menimpa dirinya ketika menyertai misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF).

Trending Tue, 17 Sep 2019

Mascara on the Daily; Healthy or Fatal?

The secret to a long and luscious eyelashes is a good mascara, but wearing them every single day should be safe right?

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 17 Feb 2025
error: Content is protected !!