Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 4, 2021 @ 6:14pm

Nak Shopping Raya? Mudah Je Dengan ‘Jom Heboh Di Rumah’… Jangan Lupa Saksikan Malam Ini!

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula malam ini, 4 Mei 2021 dan esok, 5 Mei 2021 ini.

Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, Shopee!

Kerjasama dinamik ini menjanjikan platform hiburan menarik buat anda sekeluarga di samping barisan selebriti terkenal tanah air, persembahan hiburan menarik, segmen gaya hidup selebriti dari memasak hingga fesyen dilengkapi dengan tawaran membeli-belah dengan harga berpatutan serta hadiah terbaik untuk seisi keluarga!

Bersesuaian dengan tema, JHDR Raya Bersama Shopee menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang dengan penuh semangat sambil menetapkan trend baru berkonsep membeli-belah “Raya”.

Gabungan JHDR dan Shopee memberi peluang kepada penonton memenangi hadiah eksklusif di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila berpeluang untuk membeli-belah atas talian serta berhibur bersama keluarga dalam suasana selesa dan selamat di rumah.

Menerusi kerjasama ini, penonton berpeluang untuk memenangi dan mengumpulkan 5,555,555 syiling Shopee, baucar Shopee RM 50,000, produk Xiaomi bernilai RM 50,000 dan 1000 kampit beras Sultan Basmathi Beras Era, hanya dengan melayari lama web www.jomhebohdirumah.com.my semasa program bersiaran.

Bakal dihoskan oleh Fiza Frizzy dan AG Kool FM, rakan selebriti lain seperti Yassin, MK, Ernie & Syamel, Santesh Kumar, Anuar Zain, Hanbyul, Daiyan Trisha, Caprice, Kaka Azraf, Lando Zawawi, Chef Wan, Nabila Huda, Remy Ishak, Jovian Mandagie juga akan turut serta memeriahkan acara yang dinanti-nantikan ini.

JHDR disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 4 Mei bermula 9 malam hingga 10 malam dan hari Rabu, 5 Mei, hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Dec 2022

Sedekad Dalam Industri, IamNeeta Tampil Dengan ‘Depresi’ – “Kami Asyik Nyanyi Lagu Cinta, Kali Ini…”

Setelah memasuki sedekad dalam industri seni tanah air, kumpulan IamNeeta hadir dengan lagu terbaharu berjudul Depresi. Kumpulan yang di anggotai oleh Patrick Anohada, Anas Zakwan dan Neeta Manisha ini tampil dengan kelainan dalam single terbaharu […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Demi Watak Cikgu Azman, Pekin Ibrahim Cabar Lidah Kelantan Bawak Dialog Negeri Sembilan… Sanggup Ulang Alik Gemencheh!

Filem ni sangat menyentuh hati! Syabas Pekin berjaya bawa watak Cikgu Azman 🥹

Trending Tue, 22 May 2018

Najib’s Lawyers Quit Right Before Questioning by MACC

It seems like Najib’s legal team would rather quit than fight for him.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
error: Content is protected !!