Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 5, 2021 @ 6:25pm

Bantuan RM 500 Buat Peniaga Bazaar Selangor Yang Terjejas

Mulai 8 Mei ini, operasi di semua Bazar Ramadan di seluruh Selangor tidak akan dibenarkan.

Justeru, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas akibat arahan penutupan Bazar Ramadan.

“Dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bazar Ramadan tidak dibenarkan, namun semalam Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengeluarkan arahan dibenarkan.

“Kita telah membuat keputusan semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini, 8 Mei ini,” katanya pada sidang media khas berhubung pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor di sini, pada Rabu.

Semalam, kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Enam daerah yang terlibat adalah  daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Jul 2019

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Laluan akses ke kolam ini menggunakan pintu seperti kapal selam, wow!

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Featured Tue, 7 Mar 2023
Trending Sun, 23 Jun 2019
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Thu, 10 Aug 2023
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

error: Content is protected !!