Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 18, 2021 @ 9:15pm

Hampir Kehabisan Katil, Netizen Puji Usaha Majalah 3 Tunjuk Keadaan Sebenar Pesakit ICU Covid-19

Situasi Covid-19 dalam negara kita semakin hari semakin genting. Dengan kemungkinan berlakunya gelombang baharu Covid-19, bilangan kes positif daripada wabak itu masih merekodkan jumlah yang tinggi setiap hari.

Menerusi dokumentari eksklusif Majalah 3, Pusat Kuarantin  Covid 19 PKRC Bersepadu di MAEPS, Serdang yang beroperasi semula sejak Disember lalu hampir tidak dapat menampung bilangan pesakit malah jumlah katil juga adalah terhad.

Difahamkan, pesakit tahap kronik juga dirawat di PKRC kerana Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur tidak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin ramai.

Malah, keadaan ICU di Hospital Sungai Buloh juga semakin hari semakin membimbangkan.

Walaupun mempunyai hampir 2,500 petugas kesihatan untuk merawat COVID-19 dan 80 orang petugas kesihatan termasuk doktor dan pakar anesthesia masih tidak dapat menampung bilangan pesakit yang ramai.

Situasi di  PKRC BERSEPADU 2.0 di Taman MAEPS juga merisaukan. Kepelbagaian ragam turut memberi tekanan yang besar kepada para petugas sendiri.

“Peningkatan kes menyebabkan peningkatan beban kerja dan tekanan yang tinggi kepada para petugas” kata Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 , Dr Shahabuddin Ibrahim.

Menurut jurarawat di ICU Hospital Sungai Buloh, Jennifer Asha Clement mengakui menjaga pesakit di ICU Covid-19 adalah amat mencabar berbanding pesakit ICU sebelum.

 

Difahamkan, sebanyak 22 hospital COVID-19 mencatat kadar penggunaan katil ICU melebihi 70 peratus dan ada yang sudah mencapai 90 peratus.

Sehingga hari ini, hampir 1800 kematian telah direkodkan sejak hampir setahun negara dilanda COVID-19. Menjadi tanggungjawab untuk setiap masyarakat menjaga diri sendiri kerana nyawa menjadi pertaruhan.

Episod Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin mendapat pujian ramai pihak, termasuklah netizen di laman sosial.

Rata-rata warganet menyifatkan episod terbabit membuka mata banyak pihak terhadap betapa buruknya kesan wabak Covid-19 jika semua tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Tonton episod Majalah 3 di bawah:

Embed:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Ella Kembali Gegar Stadium Nasional, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Bakal Jadi Konsert Rakyat Penuh Makna!

Ella Kembali Gegar Stadiuam Nasional, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen berlangsung pada 14 Februari

Featured Tue, 7 Feb 2023

[VIDEO] “Counting Days!” – Nabil Jeffri, Raysha Rizrose Shopping Barang Hantaran Mewah Buat Ramai Teruja!

omg counting days!! Excitednyaa nak tengok hari bahagia Raysha dengan Nabil ❤️ Moga dipermudah segala urusan mereka 🥰🥰

Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!