Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 20, 2021 @ 11:48pm

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin.

Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari diseksa.

“Luluh hati saya setiap kali membaca berita mengenai apa yang terjadi di Palestin. Saya akui tidak dapat tidur malam kerana memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan untuk bantu mereka.

“Sebagai seorang ibu, amatlah tidak sanggup sekiranya saya melihat gambar atau video mengenai kanak-kanak kecil Palestin yang menderita di sana,” kata Vivy semalam dalam satu kenyataan media.

Terkesan dengan apa yang dialami oleh rakyat di sana, Vivy telah berkolaborasi bersama badan NGO Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk memulakan kutipan dana buat rakyat di sana  dan menggunakan platform sosial medianya untuk memberi  kesedaran kepada orang ramai terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin.

Difahamkan, dalam masa dua hari, pihaknya dan VPM telah berjaya mengutip dana sebanyak lebih 1 juta untuk disalurkan kepada mangsa pengeboman di Palestin.

Kredit foto : The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2025
Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Beto Kusyairy Respons Sikap Sesetengah Pihak Tonton Filem Libang Libu Untuk Cari Salah – “Rugilah Kalau…”

Beto Kusyairy terbuka menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu.

Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
error: Content is protected !!