Trending By: Padin May 22, 2021 @ 1:48pm

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam.

Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan tersebut, Sarah meminta suaminya, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu untuk bertanya kepada pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf mengenai hukum makan dakwat sotong yang dikatakan haram.

Sarah berkongsi perkara terbabit di hantaran Instagram miliknya untuk memberikan pencerahan dan memuat naik rakaman suara penjelasan Imam Muda Asyraf.

Dalam rakaman suara terbabit, Imam Muda Asyraf menjelaskan bahawa hukum makan dakwat sotong adalah harus dan ia turut terkandung dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Sarah ini memang tak pandai… Banyak nak kena belajar tapi orang yang konon tahu semua benda tak payah la senang-senang nak bodohkan orang.

“Jaga adab bila nak cakap. Cuba kalau Sarah bodoh-bodohkan orang yang Sarah tak kenal, sudah tentu ramai melenting punya.

“Bila Sarah sendiri pun keliru ada teguran macam tu, terus minta tolong Shuib bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

“Terima kasih Imam Muda sudi bagi pencerahan. Ha, Imam Muda salah ke? Jangan pula ada yang nak pertikai lagi sebab mufti sendiri ada beri penjelasan di laman web rasminya. Dalam tu boleh baca, hukum makan dakwat sotong adalah harus,” katanya.

Menurut Iman Muda Asyraf lagi, setiap apa yang berada dalam perut binatang sememangnya sudah dikategorikan najis namun dakwat itu tidak haram kerana ia sudah menjadi sebahagian sotong.

“Memang kalau ikut Mazhab Shafiʽi dan sebahagian fakwa pun kata dakwat sotong dikategori sebagai najis. Setiap dalam perut binatang sama ada ikan atau apa saja termasuk dakwat sotong adalah najis.

“Cumanya, pandangan-pandangan zaman pada hari ini, antaranya sebahagian ulama contohnya Mufti Wilayah Perseketuan kata tidak haram kerana ia bukan najis sebab dah jadi sebahagian sotong.

“Jadi, untuk selamat kalau sotong itu dimasak terus dengan dakwat harus bersih… tak ada masalah. Kalau beli dakwat sotong asing, kita masukkan… Itu kalau boleh kita elakkan lebih baik untuk keluar daripada perselisihan pandangan para ulama,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu turut berkongsi video penjelasan daripada Pencetus Ummah (PU) Azman mengenai perkara itu.

“Ha, siapa yang cakap bodoh tu? Tak baik tau. Takkan la tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan. Lepas tu ada juga yang berikan kepada Sarah video penjelasan PU Azman mengenai benda ni.

“Jadi lepas ini masaklah sotong masak hitam tenang-tenang… Tak payah was-was atau rasa geli. Ada mufti dah jelaskan pun yang dakwat hitam tu dah jadi sebahagian daripada sotong tapi kalau nak faham lagi dengar rakaman suara itu.

“Kita sama-sama belajar okay. Janganlah sebab satu benda tu korang tak setuju terus gelar orang bodoh. Tak baiklah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Muka Sama, Kembar Ke?” – Ramai Netizen Anggap Nelissa Nizam & Kakak Kembar Seiras

Pasti ramai yang mengenali akan pelakon Nelissa Nizam yang sering menjadi bualan ramai oleh kerana rupa parasnya seakan-akan mirip pelakon Ayda Jebat. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh kakak Nelissa iaitu Nelissa Elyana […]

Featured Mon, 21 Jun 2021

Wujudkan i-Sinar Plus Untuk Bantu Rakyat

Berikutan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam keadaan pandemik, kerajaan disarankan mewujudkan  i-Sinar Plus bagi membantu rakyat Menurut Datuk Azhari Shaari, perkara itu perlu susulan ramai  warga  Shah Alam yang memberitahu mereka tiada […]

#tilljannah Fri, 19 May 2023
Featured Wed, 6 Sep 2023

Legenda M Nasir Bakal Bawa ‘Gendang Pati’ Di Plenary Hall KLCC 18 November Ini

Fuhhhh, legenda Datuk M Nasir nak buat konsert guys November ni, bestnyaa! Jangan lupa beli tiket nanti

Featured Wed, 1 Mar 2023
Trending Tue, 15 Jan 2019

看电影流眼泪不是因为玻璃心!研究:爱哭鬼其实是天才

每当电影演到动人心弦之处,爱哭的你一定会落泪;研究证实爱哭鬼其实比一般人更坚强、更有领导力,在团队中可能是杰出的天才呢!