Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 22, 2021 @ 2:02pm

“Terus Terang, Saya Agak…” – Wajah Dikatakan Seiras Hisyam Hamid, Ini Reaksi Farhan Asri

Pendatang baru, Farhan Asri mengakui terkejut apabila dikatakan memiliki raut muka seiras dengan wajah pelakon Hisyam Hamid.

Farhan dan Hisyam kini digandingkan bersama sebagai adik-beradik dalam drama bersiri Cukup Derita Itu yang sedang hangat ditayangkan di slot Samarinda TV3.

“Saya ada menerima beberapa kiriman foto yang menyamakan muka saya dengan Hisyam menerusi mesej (DM) di Instagram. Saya hanya mampu ketawa dan menganggapnya bagai langit dan bumi.

“Mungkin sekali imbas ada iras tapi saya tak rasa kami memiliki wajah yang hampir serupa. Tapi kira okeylah apabila ada yang kata kami ada iras dan digabungkan sebagai adik-beradik dalam drama ini.

“Sejujurnya, saya agak segan sebenarnya kerana wajah kami berbeza. Tambahan pula, Hisyam adalah seorang pelakon yang cukup disegani dan hebat manakala saya ini hanyalah pendatang baru.

“Apapun, komen sebegini yang diberikan oleh netizen akan saya jadikan sebagai satu pembakar semangat. Kalau muka tak seiras pun, saya mahu kejar kejayaan yang seiras dengan Hisyam,” katanya.

Selain Farhan dan Hisyam, drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi oleh Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Lia Natalia dan ramai lagi.

Cukup Derita Itu kini sedang ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam.

Tambah Farhan yang pernah membintangi drama bersiri Pink Smile, biarpun sudah empat tahun mengintai peluang sebagai pelakon, dia tidak pernah berputus asa untuk menantikan bakat seninya dikenali ramai.

“Secara jujurnya, saya sendiri anggap perjalanan saya dalam bidang lakonan ini masih baru lagi. Tempoh empat tahun ini mengajar saya banyak perkara.

“Mungkin sesetengah peminat menganggap saya sepatutnya sudah dikenali ramai atau popular, tapi bagi saya biarlah nama saya lambat naik asalkan tawaran lakonan sentiasa ada dan tak pernah putus biarpun menjayakan watak pembantu.

“Saya juga kini sedang sibuk di set penggambaran Saat Kau Takluk Cinta Ini bergandingan dengan Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan dan ramai lagi.

“Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ini mendapat sentuhan sutradara Zamri Zakaria dan ia diterbitkan oleh Kembara Sufi Production. Karya ini bakal bersiaran di slot Samarinda TV3,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Jan 2020

Youtuber Dipenjara Selepas Bersalah Panjat Piramid Di Mesir

Seorang Youtuber Rusia-Amerika, Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan selepas beliau didakwa memanjat pyramid di Mesir. Tindakan beliau ini adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedy kebakaran yang berlaku di Australia. Dia yang lebih dikenali […]

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Erma Fatima Sifatkan Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tidak Munasabah

Erma Fatima menyifatkan tuduhan yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad bersikap biadab sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Featured Fri, 13 Feb 2026

“Hidup Lebih Tenang Bila Berhenti Sibuk Hal Orang Lain”- Remy Ishak

Pelakon popular, Datuk Remy Ishak meluahkan pendapat peribadinya mengenai ketenangan hidup.

Featured Fri, 10 Jan 2025
error: Content is protected !!