Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari September 15, 2022 @ 9:11pm

Muncul Single Terbaru, The Gadys ‘Gelek Maut’ Dalam GELEK JAMBU!

Baru-baru ini, The Gadys membuat kemunculan kedua dengan single baharu yang berjudul ‘GELEK JAMBU’ yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional

Kumpulan yang dianggotai oleh empat wanita cantik ini berharap single terbaru mereka ini dapat membuat semua pendengar terhibur dan turut bergoyang, gelek dan melompat keriangan.

“Lagu ini dapat memberi senyuman, gelak tawa dan meningkatkan ‘mood’ untuk semua orang. The Gadys juga berharap, walaupun lagu ini ada selit sedikit ‘Indonesian ad-lip’, semoga semua dapat enjoy walau di mana jua anda berada,” kata mereka.

Menurut Nelissa Nizam yang mewakili The Gadys, dia menjelaskan bahawa GELEK JAMBU merupakan sebuah karya yang unik, segar dan sesuai dengan pasaran muzik yang boleh menarik perhatian pengguna laman sosial terutamanya di TikTok.

“Lagu GELEK JAMBU ini sangat ‘fun’, ‘cheeky’ dan ‘mess’ sebab ada pelbagai stail. Ada ‘cute’, reggaeton, rock dan tradisional sebagai muzik latar,” jelasnya.

Katanya lagi, lagu ini mengisahkan mengenai bagaimana mereka berdepan dengan perhubungan yang tidak baik.

“Lagu ini mengisahkan mengenai bagaimana The Gadys bersikap sambil lewa dalam perhubungan. Jika tak suka dengan cara pasangan tu, jika ia toxic, buang jauh-jauh dan berseronok dengan orang lain yang penting iaitu rakan kita, The Gadys,” ujar Nelissa.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang menyiapkan lagu dan MV GELEK JAMBU, Nelissa memaklumkan bahawa cabaran utama mereka adalah jadual penggambaran yang sangat padat.

“Cabaran paling utama The Gadys adalah masa kerana kami terbabit dalam bidang lakonan. Namun, jadual penggambaran yang sangat padat tidak menghalang kami untuk menyiapkan MV GELEK JAMBU.

“Ada yang tidak tidur, habis ‘shooting’ MV jam 5 pagi dan terus ke lokasi penggambaran drama pada jam 8 pagi. Ada yang mandi di set penggamabran pun ada. Itu belum lagi latihan menari sampai jam 2 pagi, tetapi Alhamdulillah,semua ujian dapat kami tempuhi dengan baik kerana rasa sayang terhadap satu sama lain di antarapasukandan semangat yang tidak pernah jatuh,” katanya.

Walaubagaimanapun, mereka mengakui bahawa sepanjang proses menyiapkan lagu GELEK JAMBU menyeronokkan dan berjalan dengan lancar meski terdapat pelbagai cabaran.

Sehubungan itu, GELEK JAMBU kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music serta muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube The Gadys sejak 9 September 2022 lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Jul 2018

Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan – Amy Search

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai berita keguguran isterinya selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Netizen Terkejut Ara Johari Ungkap Kata-Kata Jiwang – “Jarang Eh Bagi Ayat Macam Ni”

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan. @arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang 😂 #fypシ #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari Menerusi […]

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Penyanyi Rock Naik Angin Dengan Donald Trump?

Penyanyi terkenal ini mendakwa presiden Amerika Syarikat itu telah melanggar undang-undang dengan memainkan lagu mereka.

Trending Mon, 7 Sep 2020
Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Featured Fri, 30 May 2025

Diharamkan Masuk Singapura Seumur Hidup, Tony Eusoff Kemuka Rayuan -“Siapa Suruh Saya B*doh”

Tony Eusof dibanned masuk Singapura akibat isu dadah yang berlaku pada 2016.

error: Content is protected !!