Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 28, 2024 @ 2:40pm

Mula Didekati Ramai Lelaki, Hidayah Mahu Fokus Pada Anak – “Siapa Yang Nak Berkenalan Dengan Saya, Kena…”

Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali mendedahkan dirinya kini mula didekati beberapa individu yang ingin mengenalinya.

Memetik laporan Harian Metro, Hidayah bagaimanapun tidak menolak sekiranya ada jodoh namun dia mahu fokus membesarkan anak.

“Kalau ada jodoh, saya terima sahaja walau siapapun. Tapi, saya nak besarkan Hamzah (anak) dahulu.

“Ada yang cuba mendekati. Tapi, saya tak balas pun DM mereka. Mereka tak melamar, tapi ada datang kedai dan nak berkenalan. Saya tak berminat, tapi belum masanya.

“Kenalan rapat pun setakat ini tak ada lagi. Arwah tetap di hati saya. Jadi, susah untuk saya lupakannya,” katanya.

Mengulas lanjut sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya, Hidayah mahu memastikan individu itu dapat menerima anak lelakinya terlebih dahulu.

“Siapa yang nak berkenalan dengan saya, kena sayang dekat anak saya. Biar dia terima Hamzah dengan saya sekali.

“Hamzah dah lima tahun. Dah sekolah dan dah mula pandai membaca,” ujarnya.

Untuk rekod, Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Abam kemudiannya meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jan 2026

Zizan Nin Terbuka Penampilan Terkini Diperlekeh Netizen – “I Age Gracefully, Sejajar Dengan Usia”

Zizan Nin terbuka, tak cepat melatah netizen kritik wajah dan penampilan terkini

Trending Fri, 10 Apr 2020
Trending Tue, 9 Feb 2021
Events Sun, 8 Jul 2018

EXO Brought the Roof Down in Axiata Stadium Last Night

Nothing beats watching our favourite artists live.

Trending Thu, 14 May 2020

Berita Tular Tentang Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Adalah Palsu – KPM

Jadilah pengguna internet yang bertanggungjawab ye.

Featured Tue, 12 Mar 2024
Trending Mon, 28 Aug 2023
error: Content is protected !!