Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2025 @ 12:07pm

[VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Saling Tersenyum Manja Di KLFW, Netizen Komen ‘Pasangan’ Bahagia – “Ambillah Bumi, Kami Pindah Pluto”

Keserasian antara pelakon kacak, Fattah Amin dan penyanyi bersuara lunak, Amira Othman, makin mencuri perhatian apabila mereka dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di khalayak.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Fattah atau pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini bersama Amira.

Apa yang menjadi bualan ramai adalah momen manis pasangan ini ketika duduk bersebelahan di barisan hadapan, Fattah dilihat berbual mesra sambil berbisik sesuatu kepada Amira hingga penyanyi itu tertawa ceria.

Rata-rata netizen ‘cair’ melihat keakraban tersebut, malah menyifatkan interaksi mereka sangat comel dan romantis.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mengusik kedua-dua ‘pasangan’ ini, sekali gus mendoakan agar segala urusan mereka dipermudah.

@ehmalaysia

#fattahamin cakap apa tu sampai #amiraothman ketawa? #ehmalaysia #klfw

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Kredit video: EH Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 1 Oct 2022
Trending Fri, 11 Jun 2021

Beri Nafas Baru ‘Kabut Serangkai Mawar’, Mafarikha Nyanyi Semula Lagu Zaiton Sameon

Penyanyi Mafarikha kini muncul dengan lagu Kabut Serangkai Mawar yang diberikan nafas baru. Buat kolaborasi pertama antara syarikat rakaman Luncai Emas dan Mafarikha, lagu malar segar nyanyian Zaiton Sameon itu telah dipilih untuk digubah semula […]

Trending Wed, 9 Sep 2020

Covid-19 : Kedah Medical Centre Ditutup

Ianya sebagai langkah pencegahan..

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Afgan – Rossa Sebenarnya Dah Kahwin?

Wow…Pasangan berbeza usia 11 tahun ini memilih bernikah dalam sebuah majlis tertutup. Biar betul?

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

Sibuk Bisnes, Neelofa Umum Tarik Diri

Aduh…kenapa ni Lofa?

error: Content is protected !!