Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 9, 2021 @ 6:00am

Rentas Negeri, Daerah Tanpa Kebenaran Polis TIDAK Dibenarkan Bermula…

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara TIDAK dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini sehingga 6 Jun 2021.

Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.

“Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta.
“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, aktiviti bazar ramadan dan Aidilfitri juga akan ditutup bermula 10 Mei ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Semua Bazar Ramadan, Aidilfitri DiTUTUP Mulai Isnin

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Didi Astillah Tampil Jelaskan Isu Video ‘Prank’ Ibu, Mohon Netizen Jangan Kaitkan Keluarga – “Abang Syed Saddiq Okay Je, Tenang Semua…”

Didi turut memohon maaf sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Featured Fri, 17 Jan 2025

[VIDEO] Nora Ariffin Panik, Dakwa Diikut 2 Lelaki Berbadan Besar – “Dia Siap Block Belakang Kereta Saya”

Kenderaan tersebut turut bertindak menyekat keretanya sehingga sukar untuk keluar dari parkir.

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Mon, 15 Dec 2025
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Featured Mon, 24 Mar 2025

Farid Kamil Serah Hak Jagaan Dua Anak Sepenuhnya Pada Diana Danielle

Menurut Farid usai prosiding kes cerainya sebentar tadi, dia menyerahkan hak jagaan dua anaknya kepada bekas isterinya.

error: Content is protected !!