Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 12, 2026 @ 12:00pm

Didi Astillah Tampil Jelaskan Isu Video ‘Prank’ Ibu, Mohon Netizen Jangan Kaitkan Keluarga – “Abang Syed Saddiq Okay Je, Tenang Semua…”

Pelakon, Didi Astillah tampil menjelaskan situasi sebenar susulan video kejutan (prank) sempena sambutan ulang tahun kelahiran ibunya yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Didi Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, berkata dia memahami pandangan yang diberikan orang ramai, namun menegaskan tindakan tersebut bukanlah perkara baharu kerana pernah dilakukan sebelum ini.

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing. Pada yang tak tahu, ini bukanlah benda baharu dan bukan kali pertama saya buat.

“Mungkin followers saya yang dah lama follow saya mesti pernah nampak juga saya buat macam ini. Ada juga saya post, tapi mungkin dulu kurang dapat perhatian sebab itu tak dipersoalkan,” katanya.

Dalam pada itu, Didi turut memohon maaf sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Kata Didi, lokasi sambutan itu sebenarnya ditempah secara tertutup dan video yang tular dimuat naik oleh ahli pasukannya tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

“Apa pun, sorry ya kalau ada pihak yang tak selesa dan kurang senang.

“Untuk pengetahuan korang, kita dah book tempat itu tertutup (private room) dan ada team member yang terpost tanpa tanya. Mereka pun dah say sorry.

“So guys, marilah kita move on dan jalani kehidupan kita,” ujarnya.

Malah, Didi turut menjawab spekulasi netizen yang mengaitkan tunang kakaknya, Bella Astillah iaitu Syed Saddiq dalam isu berkenaan.

“Abang Saddiq okay je. Kan abang? Tenang ya guys,” katanya berseloroh.

Mengakhiri penjelasannya, Didi berharap orang ramai tidak melibatkan ahli keluarganya dalam isu tersebut kerana setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam bergurau dan meluangkan masa bersama.

“Janganlah kait-kaitkan family. Setiap family berbeza caranya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Khairul Aming Kongsi Detik Cemas Naik Pesawat, Perjalanan Ke Kota Bharu Jadi 4 Jam – “Susah Nak Mendarat Musim Hujan Ribut”

Terpaksa detour ke Penang, Khairul Aming kongsi pengalaman cemas pesawat sukar mendarat

Featured Wed, 4 Jan 2023
Trending Wed, 11 Sep 2019

“Abang Posmen Atlet Lontar Peluru Kot?”

Apa kes wei posmen dengan atlet lontar peluru?

Events Wed, 4 Jul 2018

Apa Jadi Dengan Sotong ‘Tukang Tilik’ Musim Piala Dunia?

Nampaknya, Rabiot mengikut jejak langkah sotong popular terdahulu, Paul The Octopus yang popular pada Piala Dunia 2010.

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Thu, 9 Nov 2017

SIAPA BABY JNM?

Akhirnya, jawapan bagi persoalan siapa baby JNM itu sudah terungkai apabila, pasangan comel ini telah mengumumkan nama anak mereka sebagai Jeanelle Nika Mandagie.

Featured Sat, 23 Aug 2025

Siti Nurhaliza Kongsi Titik Terendah, Reda Jika Kerjaya Menjunam Saat Memilih Kahwin Dengan Datuk K

Siti Nurhaliza berkongsi detik sukar saat namanya berada di puncak kejayaan.

error: Content is protected !!