Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari April 20, 2024 @ 3:44pm

Ippo Hafiz Didakwa Mungkir Janji & Bawa Lari Anak Bongsu? – “Dah 77 Hari Ibu Kandung Tak Dapat Jumpa”

Isteri kepada penyanyi dan komposer Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendakwa suaminya itu telah membawa lari anak bongsu mereka.

Menerusi pendedahan akaun TikTok @yazminy79, dia menyatakan bahawa Fara tidak dapat bertemu dan tidak mengetahui di mana anaknya itu berada.

Malah, dia juga mendakwa bahawa Ippo memungkiri janji untuk menghantar anak bongsunya yang berusia 2 tahun itu kepada isteri.

“Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia 2 tahun 3 bulan telah diambil sendiri oleh bapanya (ippo hafiz) dari jagaan ibu, datuk & neneknya pada 1 February 2024..dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Feb 2024.

“Namun dia telah memungkiri janji & sehingga ke hari ini (77 hari) ibu kandung masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana dia tidak benarkan & ibu kandung tidak tahu di mana anaknya tinggal,” dedahnya.

Malah, isterinya memaklumkan ada menghubungi Ippo ketika Hari Raya namun panggilannya tidak dijawab.

“Anak sulung ippo hafiz yang berusia 4 tahun ada bersama ibunya & ippo hafiz juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya..bukan kerana isterinya tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab.

“Malah ketika hari raya baru-baru ini isterinya telah cuba menghubungi dia namun panggilan tidak di jawab,” dedah individu itu lagi.

Terdahulu, Ippo memfailkan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas tidak pulang ke kediaman kelamin sejak November tahun lalu.

Ippo berkahwin dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Artikel Berkaitan: Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Selepas Isteri Tak Pulang Rumah Sejak November Tahun Lalu

Artikel Berkaitan: Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Isteri, Ippo Hafiz Anggap Ramadan Ini Paling Mencabar… Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

@yazminy79Apa perasaan kamu? @ippohafiz3 @Ippo Hafiz Bagi yg tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia 2 tahun 3 bulan telah diambil sendiri oleh bapanya (ippo hafiz) dari jagaan ibu, datuk & neneknya pada 1 February 2024..dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Feb 2024..namun dia telah memungkiri janji & sehingga ke hari ini (77 hari) ibu kandung masih tidak dpt bertemu dgn anaknya kerana dia tidak benarkan & ibu kandung tidak tahu di mana anaknya tinggal..anak sulung ippo hafiz yg berusia 4 tahun ada bersama ibunya & ippo hafiz juga sudah 77 hari tidak dtg berjumpa anak sulungnya..bukan kerana isterinya tidak benarkan tetapi dia yg memilih begitu..malah ketika hari raya baru2 ini isterinya telah cuba menghubungi dia namun panggilan tidak di jawab..kalau dia tidak puas hati & ada masalah dgn isterinya kenapa anak2 yg di jadikan mangsa..anak bongsunya ini sgt rapat dgn abangnya..kenapa perlu dipisahkan kasih sayang ini.?.anak kecil ini masih perlukan pelukkan & kasih sayang ibunya..apa haknya sebagai bapa untuk sekat & halang..saya tahu ramai ibu2 di luar sana yg senasib dgn adik ipar saya..saya doakan semoga semua urusan anda dipermudahkanNya & semoga anda juga dpt berjumpa kembali dgn anak2 secepat mungkin..setiap perbuatan kejam & zalim yg di lakukan pasti ada balasannya..kalau tidak skrg di akhirat nanti akan terima.. & kepada sesiapa yg masih menyokong ippo hafiz memisahkan anak ini & ibu kandungnya..ingat ya..Allah larang..nabi pun larang..kalau faham agama..ikut apa yg Allah suruh..tinggal apa yg Allah larang..Insyaallah kita semua selamat ❤️ #ibrahimafinur #77daystanpamama♬ suara asli – ꜱꜰʏɴᴄ – ꜱꜰʏɴᴄ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Nov 2021

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti. Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari […]

Featured Sat, 14 May 2022
Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Peserta Uji Bakat Mentor Milenia…Baca Pesanan Ini Sebelum Hadir Ke Lokasi!

Uji bakat ini adalah untuk golongan muda. Jangan datang dengan imej selekeh ok?

Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Kisah Viral Sun, 27 Aug 2023

Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

Hmm iman turun naik kan.. Semoga yang baik baik saja

Featured Thu, 16 Sep 2021

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Bila dengar balik lagu-lagu ni, goosebump lah min!

Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Trending Mon, 9 Nov 2020

Lagu Cinta Kita 2: Peserta VS Komen Juri? Jom Recap Episod 1!

Wow! Tak sabar nak tunggu minggu depan

error: Content is protected !!