Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 12, 2024 @ 2:03pm

Ippo Hafiz Fail Tuntutan Nusyuz Selepas Isteri Tak Pulang Rumah Sejak November Tahun Lalu

Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, tuntutan tersebut dibuat apabila wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.

Ippo yang hadir bersama peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata isterinya itu keluar tanpa keizinannya.

“Hari ini selesai sebutan pertama di mana saya memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri saya kerana isteri saya keluar rumah dari rumah tanpa izin dari November tahun lalu.

“Pelbagai usaha sudah dilakukan daripada pihak saya, jadi ini adalah satu langkah yang perlu saya lakukan sebagai suami,” katanya yang ditemui selepas prosiding sebutan pertama selesai.

Bagaimanapun isterinya, Fara Roslan tidak hadir ke prosiding berkenaan.

Dalam pada itu, Fakhrul Azman yang mewakili anak guamnya berkata, prosiding seterusnya untuk permohonan tuntutan nusyuz itu ditetapkan mahkamah pada 23 April depan.

“Alasan pertamanya nusyuz difailkan adalah defendan (Fara) keluar dari rumah, manakala cerai difailkan oleh sebelah sana dan kami masih belum menerima saman berkenaan. Kami hanya dapat maklumat sahaja.

“Bila kami mahu failkan hak penjagaan anak-anak baru-baru ini, kita dapat maklumat pihak sana failkan cerai dan hadanah.

“Hari ini sebutan kali pertama, defendan tidak datang dan kami sudah serahkan saman pada defendan, tapi tidak hadir. Kami cuma terima surat dari peguam syarie pihak defendan memaklumkan peguam juga tak boleh hadir sebab peguam ada kes lain.

“Jadi kami minta mahkamah bagi notis amaran dan mahkamah sudah bagi notis dan mengarahkan mereka hadir pada tarikh yang ditetapkan iaitu 23 April,” ujarnya.

Disoal lanjut mengenai keretakan rumah tangganya itu, pelantun lagu Rahsia Tuhan itu enggan berkongsi lebih sebaliknya menyerahkan semua pada kebijaksanaan mahkamah untuk menyelesaikan.

“Saya serahkan kepada proses mahkamah untuk menyelesaikannya, sebab sekarang ini dia masih lagi isteri saya dan saya mahu menjaga hati serta aib keluarga saya dan keluarga isteri saya.

“Sebab bila kita bercakap soal ini, ia akan menyebarkan aib, jadi lebih baik kita serahkan pada mahkamah,” katanya.

Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Beraksi Manja & Sweet, Iman Troye Expose Teman Lelaki?

Amboi Iman Troye angau sampai tak boleh tidur Danial tak teman yaaa ❤️ Gituuuu hihi apapun semoga yang baik baik saja

Featured Mon, 7 Mar 2022
Featured Wed, 10 Jun 2026

“Bukan Semua Orang Lahir Dalam Keadaan Classy” – Janna Nick Akui Bawa Imej ‘Rempit’, Pernah Membesar Di Kawasan Flat & Tunggang Motosikal Ke Sekolah

Kata Janna, dirinya lebih ke arah imej ‘rempit’ dek kerana membesar di kawasan kampung dan mula menunggang motosikal seawal usia 11 tahun.

Kisah Viral Thu, 28 Dec 2023
Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Kisah Viral Thu, 23 May 2024
Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

error: Content is protected !!