Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 25, 2019 @ 4:27pm

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz yang selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Norfarahin Mohd Roslan, malam tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah di sebuah villa di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz sah bergelar suami kepada Farahin.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar. Maka, bermula sudah fasa baru dalam hidup kami selain tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Akui Ippo Hafiz, dia berasa cukup gementar memandangkan pertama kali berdepan dengan pengalaman ini.

“Mungkin sebab pengalaman pertama. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan majlis pernikahan kami ini. Doakan yang terbaik buat kami semoga perkahwinan ini dirahmati dan kekal hingga ke jannah,” ujarnya.

Majlis perkahwinan bertema batik itu turut dihadiri oleh keluarga dan rakan termasuklah penyanyi Sissy Iman, Sarah Suhairi, pelakon, Shahrizal Jaszle dan isteri, Rohana Jalil serta ramai lagi.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan esok dan sebelah pihak lelaki pada 31 Ogos ini.

Selamat Pengantin Baru Ippo & Farahin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Fri, 2 Sep 2022

Kes Culik Anak Perempuan, Lufya Omar Masih Belum Beri Keterangan

Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Hiburan Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Asyik Watak Lelaki Sweet, Alif Satar Nak Cuba Benda Baharu

Kali terakhir saya berlakon watak berat dalam drama Pia. Insha Allah kalau ada tawaran yang mencuit hati, saya mahu cuba…

Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

Featured Fri, 13 Jan 2023

Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Penyanyi Didie Shazry muncul dengan single kedua daripada Joget Made In Malaysia berjudul Joget Jiwa Lara hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya pula tulisan penulis lirik Azam Dungun. Lagu Joget […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!