Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi December 20, 2022 @ 6:31pm

Tak Menolak Bercinta Lagi, Shila Amzah Mahu Teman Hidup Bebas Dari Bebanan – “Dia Tak Bertanggungjawab Untuk Hadapi Masalah Saya…”

Penyanyi, Shila Amzah, 32, mengakui tidak pernah menolak sekiranya diberi peluang untuk bercinta lagi namun jelasnya individu tersebut perlu bebas dari sebarang bebanan dalam kehidupan.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Khilaf Asmara ini berpendapat sedemikian kerana tidak mahu teman hidupnya itu dibebani dengan masalah sedia ada yang dilaluinya secara peribadi sebelum memulakan kehidupan baharu.

“Saya tak pernah menolak untuk bercinta lagi tapi dalam masa yang sama saya yakin sesiapa yang ada bebanan yang perit seperti saya perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu.

“Sebabnya, saya tak mahu dia terbeban dan memikul tanggungjawab untuk mengendalikan masalah saya yang sedia ada.

“Jadi apabila saya berjumpa dengan dia, saya nak ada lebih ruang untuk menyayangi, tenang fikiran yang tidak lagi terbebani dengan masa lalu,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran single baharu berjudul Jauh Hati pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 in mengakui perjalanan dan keperitan mengharungi episod hitam dalam rumah tangganya sehingga kini masih terasa.

Namun, setelah berjaya mencipta dan menulis lirk lagu Jauh Hati, Shila berkata dirinya berasa sangat lega dan seakan hidup semula.

” Kehidupan saya selepas habis dengan kisah tersebut, saya lebih tenang dan lega. Rasa lebih ‘bubbly’, ceria dan lepas habis semua proses itu perasaan ini sangat luar biasa.

“Kadang kala saya rasa macam dah dapat semula kehidupan asal saya, rasa lebih muda, energetic dan hidup lebih bermanfaat.

“Sebab itu saya memilih untuk mengeluarkan single mengenai kisah rumahtangga saya pada hujung tahun 2022 kerana saya nak betul-betul tinggalkan kisah ini di tahun ini dan melangkah ke tahun 2023 dengan perasaan dan semangat baru,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Sekadar info, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera sulung, Seth Uwais yang kini berusia 2 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Wed, 10 Dec 2025

“Tak Pernah Lupa Menyapa” – Caliph Buskers Puji Sikap Rendah Diri Mimi Fly

Caliph Buskers berkata Mimi tidak pernah melepaskan peluang untuk menyapa setiap kali bertembung

Hiburan Wed, 1 May 2019

Persiapan Raya, Aiman Tino Bawa 1200 Balang Kuih Ke Brunei

Siapa nak rasa kuih raya Aiman? Jom ke Brunei Ramadan nanti!

Trending Mon, 9 Nov 2020

Kes Covid-19 Di Seluruh Dunia Kini Melebihi 50 Juta

Semoga dunia mampu pulih semula..

Hiburan Mon, 18 May 2026

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Featured Tue, 18 Jun 2024

Didakwa Salah Guna Dana, Farah Lee Beri Penjelasan – “Hati-Hati Jangan Terburuk Sangka…”

Nak concern boleh, tapi komen berbaur tuduhan tu sangat menjengkelkan ek👀

error: Content is protected !!