Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 31, 2021 @ 5:49pm

Orang Ramai Tidak Boleh Pilih Jenis Vaksin -Khairy Jamaluddin

Bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin, Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata sebelum ini kerajaan bercadang untuk memberikan kebebasakan kepada orang ramai untuk memilih jenis vaksin namun perkara itu akan melambatkan proses vaksinasi.

“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Jika diberi pilihan nanti, ia akan melambatkan (vaksinasi) sebab nak tunggu dahulu, nak lihat dahulu.

“Keutamaan sekarang adalah untuk meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Sumber:BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Sep 2019

Agong Order Menu Apa Sewaktu Singgah di Nasi Lemak Royale Kedah,Putrajaya?

Kalau dulu baginda berkunjung ke restoran makanan segera KFC kali ini Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya pilihan tuanku.

Hiburan Thu, 9 May 2024
#tilljannah Fri, 19 May 2023
Featured Thu, 16 Feb 2023

Isu Bayar Saman Secara Ansuran, Peguam Belum Terima Arahan Daripada Ali Puteh

Saya belum terima apa-apa arahan daripada Ali dan keluarganya – Peguam

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

error: Content is protected !!