Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 3, 2021 @ 1:21pm

Semak! Senarai Kriteria Kelonggaran Bayaran Cukai & Penalti Bagi Golongan Yang Terjejas

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan kelonggaran pembayaran cukai dan penalti kepada individu yang pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai. Malah, kelonggaran itu ditawarkan kepada pembayar cukai bagaimanapun ianya tertakluk kepada beberapa kriteria.

  1. Penangguhan pembayaran penalti berkaitan dengan kewajipan cukai mereka ke tahun 2022 dengan syarat pembayar cukai terus mematuhi pembayaran amaun prinsipal cukai yang kena dibayar – Penalti yang termaktub dalam tawaran ini ialah penalti dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949
  2. Pertimbangan permohonan penjadualan semula bayaran cukai bagi pembayar cukai yang kehilangan punca pendapatan atau menghadapi isu menyelesaikan cukai yang tertunggak akibat pelaksanaan PKP

LHDN turut mempertimbangkan penyemakan semula penalti dikenakan jika pembayar cukai mempunyai alasan kukuh.

Selain itu, pembayar cukai perlu membuat rayuan ke atas penalti dikenakan dan rayuan akan dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes.

“Pembayar cukai yang berhasrat memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.

“Bagaimanapun, pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti dikehendaki undang-undang yang berkuat kuasa,”katanya.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, anda boleh lah menghubungi LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) ATAU layari maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/

 

Sumber  :LHDNM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023
Trending Mon, 29 Apr 2019

Di Mana ‘Salvator Mundi’? Misteri Kehilangan Potret Lukisan Paling Mahal Di Dunia

Di mana dan siapa sebenarnya pemilik potret lukisan termahal di dunia bernilai 450 juta?

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Trending Fri, 28 Aug 2020

Sah Mutasi D614G Dalam Kluster Tawar – KKM

Jadi, terus patuhi SOP dan jaga kebersihan selalu

Trending Fri, 22 Jun 2018

Patung Lilin Ke-2 Ed Sheeran Dipamerkan Di Kafe Kucing

Patung lilin Ed Sheeran ditempatkan di sebuah kafe bertemakan kucing iaitu Lady Dinah’s Cat Emporium, London.

Featured Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Diikat Jamin Sebanyak RM20,000

Kedua-dua pasangan itu diikat jamin oleh seorang penjamin

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

error: Content is protected !!