Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 13, 2024 @ 5:04pm

Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Diikat Jamin Sebanyak RM20,000

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 12.40 tengah hari tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu juga telah selesai membayar ikat jamin sebanyak RM20,000.

Kemudian, mereka diiringi oleh ahli keluarga dan dilihat menaiki kereta jenis Perodua Myvi pada 12.47 tengah hari.

Malah, ibu Zayn Rayyan juga dilihat sempat melambaikan tangan sebelum menaiki kenderaan tersebut.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik pada Disember tahun lepas.

Oleh itu, mereka dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan harus melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kedua-dua tertuduh yang berumur 29 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Berdasarkan pertuduhan, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.

Artikel Berkaitan: zaynIbu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah 

Artikel Berkaitan: Akan Ada Pertuduhan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan – Peguam 

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Ibu Mangsa Hanya Beri Keterangan, Tak Buat Sebarang Pengakuan

Artikel Berkaitan: Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sun, 10 May 2020
Hiburan Fri, 29 Aug 2025

“Alhamdulillah… Ammar Ahyan Tak Trauma, Membesar Elok Je” – Nur Shahida

Shahida syukur Ammar Ahyan membesar dengan baik, cukup makan

Featured Thu, 21 May 2026

June Lojong Meremang Kongsi Pengalaman Shooting Di Penjara Lama Johor, Tulisan Banduan Buat Hati Tersentuh – “‘Mak Tunggu Aku Balik’ Antara Yang Buat Saya Insaf”

June Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di lokasi penjara lama di Johor Bahru meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Featured Wed, 1 Apr 2026

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Pernah Teruk Dikecam, Shukri Yahaya ‘Serik’ Berlakon Babak Intim

‘Kalau pelakon wanita dalam selimut, saya di atas selimut’ – Shukri Yahaya

Featured Mon, 20 Apr 2020

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Cantik digayakan untuk pelbagai majlis

error: Content is protected !!