Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops May 10, 2020 @ 11:30pm

Bayi guna bantal ketika tidur, ketahui bahayanya!

Penggunaan bantal untuk bayi yang baru lahir ketika tidur mungkin dianggap dapat memberi keselesaan kepada bayi, namun ramai ibu bapa yang mungkin tidak tahu risiko di sebalik penggunaan bantal.

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi dibaringkan di atas tilam yang rata tanpa penggunaan kelengkapan tidur seperti bantal dan selimut.

National Institute of of Child Health and Human Development turut menyarankan ibu bapa agar tidak menggunakan bantal untuk bayi yang berumur satu tahun ke bawah. Terdapat juga pakar yang menyarankan untuk bayi menggunakan bantal ketika berusia dua tahun ke atas sahaja.

risiko bayi tidur dengan bantal

Kredit gambar: Child Safety Experts

Berikut adalah antara risiko penggunaan bantal untuk bayi.

1. Bantal yang lembut dan dibuat khas untuk bayi berisiko menyebabkan bayi mengalami sesak nafas atau tersedak. Terdapat juga kes anak lemas akibat penggunaan bantal dalam buaian.

2. Ramai pakar berpendapat penggunaan bantal yang lembut mampu meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) walaupun bayi tidak mempunyai masalah kesihatan.

bayi tidur tanpa bnatal

Kredit gambar: Arkib Hijab & Heels

3. Menurut thehealthsite.com, pemilihan bantal yang tidak sesuai mampu menyebabkan masalah sakit tengkuk pada bayi. Leher bayi masih tidak kuat dan risiko sakit tengkuk akan lebih membimbangkan apabila bayi tidur sepanjang malam dalam tempoh masa yang panjang.

4. Penggunaan bantal daripada material atau fabrik yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi tidak selesa, kepanasan dan lebih teruk, mampu menyebabkan reaksi alahan pada bayi kerana kulit mereka yang sensitif.

Jika ibu bapa masih mahu menggunakan bantal pada bayi, pastikan anda sentiasa mengawasi keadaan bayi. Pilih bantal yang kecil, nipis dan direka khas untuk bayi.

Kerap bersihkan bantal untuk mengelakkan kuman, debu dan peluh terperap pada bantal. Pilih sarung daripada fabrik kapas yang bersifat hipoalergenik atau rendah risiko alergi.

Ibu bapa tidak perlu risau jika bayi tidak selesa kerana tidak menggunakan bantal kerana mereka masih belum tahu membezakan menggunakan bantal atau tidak ketika tidur. Keselamatan bayi lebih penting dan perlu diutamakan oleh ibu bapa agar bayi dapat tidur dengan selamat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Saya Belajar Nak Jadi Baik” – Lisa Surihani Akui Penghijrahan Berdepan Pelbagai Dugaan

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah. @pendosahijrahhh ❤️❤️❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #pendosa #majlisilmu #fakirilmu #hijrah ♬ Sang Dewi Cover by Igan Andhika – Igan […]

Featured Wed, 22 Jan 2025

“Bertiga Sementara, Bocey Selamanya” – Achey

Achey mengambil kesempatan memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

Featured Mon, 19 Aug 2024

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Allahu, begitu respons yang diberikan Datin Patimah Ismail terhadap isu cerai anaknya👀💥

Featured Thu, 23 Apr 2020

Petugas barisan hadapan boleh qada puasa jika tidak berkemampuan

Buka puasa agar tidak jejas tugas merawat pesakit

Featured Tue, 13 Dec 2022
error: Content is protected !!