Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom April 15, 2020 @ 5:00pm

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Menantu tidak sebulu dengan mentua, antara kisah rumah tangga yang paling hangat diperkatakan, malah terdapat banyak kes isteri diceraikan kerana suami buntu untuk membuat pilihan sama ada taat kepada ibu atau mempertahankan isteri.

Bercakap mengenai hukum Islam, kepada siapakah seseorang lelaki perlu taat? Tentu saja jawapan adalah ibu kandungnya, justeru dalam hal ini isteri memang tidak akan menang!

Perbalahan antara ibu mentua dan menantu perempuan memang tidak akan pernah ada kesudahan. Tetapi, jangan terkejut jika ada menantu lelaki tidak sebulu dengan mentua kerana berasakan dia tidak dapat memainkan peranannya sebagai ketua keluarga kerana mentua masih mahu menguasai isteri yang bukan lagi tanggungan mereka.

Foto: AP

Apabila suami tidak selesa menetap dengan mentua, maka wajib untuk isteri menurut permintaan suami kerana mendahulukan suami itu dituntut dalam Islam, melainkan suami memberi kebenaran.

Kebanyakan ibu bapa tidak senang apabila isu ini dibahaskan, dan merasakan anak perempuan patut memikul tanggungjawab menjaga keluarga, sedangkan itu adalah tanggungjawab anak lelaki.

Dalam hal ini bukan anak saja perlu menghormati orang tua, ibu bapa juga harus menghormati dan bertimbang rasa terhadap keputusan anak perempuan dan menantu lelaki yang kini mengambil tugas mereka.

Namun begitu dalam mentaati suami, ada beberapa bentuk tanggung jawab yang masih perlu dilaksanakan anak perempuan kepada kedua-dua orang tuanya.

Seperti yang disebut dalam al-Quran:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (QS. Al Israa’ 23)

1. Berbakti dan menghormati orang tua

Menghormati, merendahkan diri, memberikan kasih sayang, menghargai dan mencurahkan bakti kepada orang tua adalah cara kita berbakti kepada mereka. Tundukkan pandangan anda ketika diberi nasihat atau tidak membantah dan tidak merasakan diri anda lebih tahu daripada mereka.

Rendahkanlah dirimu terhadap kedua-dua orang tuamu dengan kasih sayang dan katakanlah:

“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua orang tuaku sebagaimana mereka telah mengasihiku sewaktu aku kecil.” (QS. Al Israa : 24)

2. Hulurkan bantuan kewangan kepada orang tua

Walaupun kini kamu adalah hak milik mutlak suami, menjadi kewajipan anda sebagai anak untuk menyenangkan kehidupan orang tua.

Ringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan kewangan setiap bulan. Anda perlu tahu, wang pendapatan anda adalah hak anda bukan hak suami.

3. Menjaga nama baik dan amanat keluarga

Mengamalkan kehidupan berlandaskan agama agar nama baik dan maruah orang tua tetap terpelihara, selain tidak menconteng arang ke muka mereka. Apabila anda memuliakan orang tua, pahala yang bakal anda peroleh sangatlah besar.

4. Menjaga silaturahim dengan ibu bapa

Walaupun sudah berkahwin, selalulah berhubung dan bertanya khabar mereka. Pastikan menjenguk mereka setidak-tidaknya dua kali sebulan supaya orang tua tidak kesepian. Masak dah mengemas kediaman mereka, bawa jalan-jalan atau makan malam antara cara bersilaturahim dengan orang tua.

5. Menjaga tutur kata

Sentiasa menjaga tutur kata agar tidak melukakan hati mereka selain mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan perasaan mereka.

Hal ini juga disebut dalam al-Quran:

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (memperguna) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa: 1)

6. Jangan bebankan orang tua

Contoh paling senang jangan bebankan orang tua, adalah jangan minta duit daripada mereka. Sudah berkahwinkan, mintalah pada suami!

7. Sabar kerenah mereka

Orang tua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu sebagai anak perempuan, usahakanlah untuk anda bersabar dalam menangani kerenah mereka.

8. Sentiasa mendoakan mereka

Foto: Instagram Lisa Surihani

Mendoakan kebaikan orang tua juga merupakan satu kewajiban anak setelah berkahwin.

Sabda Rasulullah SAW yang tercantum dalam hadis iaitu:

“Bila seorang manusia sudah meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tuanya maka rezekinya akan terputus.” (HR Ad Dailami)

Semoga kebaikan yang anda berikan kepada orang tua akan beroleh ganjaran yang sangat besar buat anda sekeluarga, selain mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Feb 2023

“Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Wanita kalau manja lelaki mana tak cair kan 🤪🥰 Tapi bak kata Aeril, sebagai lelaki perlu pandai mengawal perasaan 😌

Featured Thu, 24 Apr 2025

“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Fitnah”- Siti Nurhaliza

persembahan tersebut adalah atas dasar menghargai warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Wed, 26 Mar 2025

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

Featured Tue, 9 Dec 2025

“Kebaikan Yang Tulus Pasti Diperlihatkan Meski Sekecil Zarah”- Ustazah Asma’ Harun Kenang Kemuliaan Hati Bung Moktar

Menurut Asma’, perkongsian tersebut membuktikan bahawa setiap kebaikan, meskipun kecil, tetap akan terlihat di mata manusia lain.

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

error: Content is protected !!