Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 9, 2021 @ 7:49pm

Selepas Kualiti Sinematografi, Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu Pula Jadi Sebutan Ramai

Selepas tular mengenai  salah satu episod  dalam drama Masih Ada Rindu yang menunjukkan pelakon utama iaitu Mimi Lana berlakon di sebuah hospital yang kelihatan seperti bilik hotel, Drama Masih Ada Rindu kembali menjadi perbincangan hangat warganet.

Terbaru,  montaj dan soundtrack dalam drama itu kembali menjadi sebutan ramai.

Menerusi Twitter rata rata  netizen memuji soundtrack Cinta yang dinyanyikan oleh Marsha Milan Londoh.

“Ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila lagu Cinta dipilih untuk menjadi salah satu lagu tema bagi drama Masih Ada Rindu yang mewarnai slot Akasia.

“Pastinya drama ini dapat membuatkan lagu Cinta menjadi siulan ramai sekaligus memberi impak kepada penonton untuk lebih menghayati drama Masih Ada Cinta melalui melodi dan lirik. InsyaAllah.” komen Marsha.

Lagu tema Cinta ini turut menampilkan pasangan suami isteri, Akim Ahmad dan Stacy Anam sebagai penulis lirik dan komposer.

Jangan lupa saksikan Masih Ada Rindu jam 7 malam setiap Isnin – Jumaat hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

#LaguXTRA Thu, 16 Feb 2023
Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Panas! Konsert Mentor Otai Jadi Tumpuan

Setelah hampir seminggu para protege mempelajari lagu tugasan masing-masing dan malam tadi, mereka telah menunjukkan kekuatan vokal mereka bukan sahaja kepada Mentor mereka, tetapi buat para penonton di rumah mahupun dan juga di studio

error: Content is protected !!