Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 13, 2021 @ 9:07pm

Sering Berdepan Kontroversi, Ara Johari Bawa Diri?

Pernah heboh diperkatakan apabila penyanyi Ara Johari didakwa membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.

Menurut pelantun lagu Bunga itu, semua yang timbul hanyalah salah faham.

“Saya tak bawa diri pun, ini semua salah faham, saya masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram saya sendiri.

“Saya cuma mahu mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single baru saya dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.

Muncul dengan single terbaru berjudul Tetap Aku Cinta, ia merupakan sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan serta diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

“Single terbaru ini merupakan comeback buat saya dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru. Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya.

“Saya harap semoga Tetap Aku Cinta dapat diterima baik oleh semua, serta berjaya menarik minat pendengar di luar sana. Semoga banyak perkara positif yang datang daripada lagu ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Sep 2022
Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Featured Fri, 7 Apr 2023
Events Mon, 23 Sep 2024

Alif Teega, Aisyah Hijanah Dijangka Dituduh Terlibat 10 Kes Salah Guna Dana Awam

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.51 pagi hari ini untuk menghadapi masing-masing 10 pertuduhan dipercayai membabitkan salah guna dana awam. Memetik laporan Harian […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Featured Thu, 5 Feb 2026

‘Stecu Stecu’ Viral Di TikTok, Faris Adam Didakwa Bikin Video Tak Senonoh – “Masa Tu Saya Ingat Karier Saya Sudah Hancur”

Faris Adam mengaku berdepan tekanan apabila namanya terpalit dengan video kontroversi.

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
error: Content is protected !!