Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 16, 2021 @ 3:56pm

Kerajaan Digesa Beri Moratorium Semua Pinjaman Sehingga Disember

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam menggesa kerajaan memberikan moratorium secara automatik tanpa faedah kepada semua jenis pinjaman sehingga Disember ini.

Menurut Koordinatornya, Ahmad Yazid Othman, perkara itu disepakati selepas menerima maklum balas dan perbincangan dengan pakar ekonomi dan kewangan, ahli gabungan dan ahli perniagaan.

Tambahnya lagi, pihaknya turut mencadangkan moratorium pinjaman automatik diperluaskan skopnya termasuk bagi sektor peminjam berlesen iaitu penjualan secara kredit meliputi penggunaan kad kredit.

Ia merankumi pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah.

“Ia termasuk segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selama tempoh moratorium ini berkuat kuasa,” katanya.

Pihaknya turut bimbang kemungkinan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mencapai matlamatnya jika kerajaan tidak peka dan responsif terhadap keadaan dan keperluan rakyat.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 May 2025
Drama Thu, 17 Nov 2022
Featured Fri, 22 May 2026

Yusry Sebak Imbas Momen ‘Gagal’ Pergi Haji Bersama Isteri Tercinta

Datuk Yusry Abdul Halim sebak ketika berkongsi mengenai ujian yang terpaksa dilalui apabila tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Tamparan Wanita Kembali! Elite Rai 30 Tahun Dalam Konsert Sulung ‘Elite Live ’25 September Ini

Tiket konsert ELITE LIVE 25 akan mula dijual pada Khamis, 26 Jun!

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Fri, 12 Sep 2025
Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

error: Content is protected !!