Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 23, 2021 @ 11:41am

Sarat Dengan Pengisian Ilmu & Komedi, Bujang Tampan Selamba Pastinya Mencuit Hati!

Walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, namun itu bukan penghalang untuk korang berasa rimas duduk di rumah kerana TV9 akan tampil dengan drama terbaharunya berjudul Bujang Tampan Selamba (BTS).

Drama sitkom 13 episod ini nampaknya bakal menyajikan korang dengan pelbagai kisah yang boleh dijadikan pengajaran disamping pengisian ilmu pada setiap episod nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Hafidz Roshdi dan PU Azman, Bujang Tampan Selamba turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan yang akan menceriakan hari korang pada setiap episodnya nanti. Antaranya ialah, Atu Zero, Ebby Yus, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang tiga orang bujang yang tinggal bersama di sebuah rumah sewa yang terletak di Kuala Lumpur, Cik Man (Ustaz), Hafidz Roshdi (Razak) dan Bell Ngasri (Tommy) masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza-beza, ketiga-tiga mereka ini bagaimanapun cuba untuk  menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bagaimanakah agaknya karenah mereka tinggal dibawah satu bumbung yang sama? Adakah pada akhirnya nanti ketiga-tiga mereka berjaya menjadi sahabat baik? Sama-sama kita tunggu okay!

Bujang Tampan Selamba akan menemui peminatnya bermula 23 Jun 2021, pada setiap Rabu jam 9.30 malam hanya di TV9. Jangan lupa tengok!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Nov 2020
Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Mon, 13 May 2024
Trending Fri, 23 Jul 2021
Featured Fri, 28 Nov 2025

Bakal Jalani Rawatan Radioterapi 33 Kali, Shahronizam Noor Reda Hidap Kanser Tahap Dua – “Ketumbuhan Tulang Makin Ganas…”

Pelakon Shahronizam Noor dilaporkan menghidap kanser tulang tahap dua selepas melalui beberapa siri pemeriksaan.

error: Content is protected !!