Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 22, 2021 @ 8:45am

Jalankan CSR, Dolla Peka Dengan Mereka Yang Terjejas Akibat Covid-19

Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR) membabitkan kumpulan popular, Dolla yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB).

Projek yang dikenali sebagai Live to Give, The Giving Bank X Dolla itu adalah kempen amal di mana artis terbabit iaitu Dolla mempromosikan tujuan program itu dijalankan bagi mencari empat individu yang memerlukan.

Menyedari ramai yang tidak mempunyai informasi tepat dan tempat untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan sumbangan, The Giving Bank X Dolla ini adalah platform untuk mereka merealisasikan perkara itu.

Mewakili Dolla, Sabrina atau Sabronzo berkata, projek itu adalah peluang terbaik buat dirinya bersama tiga rakan kumpulan lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Sejujurnya, kami sangat gembira apabila dipilih pihak The Giving Bank untuk berkolaborasi dalam projek CSR ini. Saya berasakan ini sesuatu yang bagus yang mana ramai golongan memerlukan dalam keadaan negara kita yang masih dilanda penularan Covid-19.

“Daripada Dolla sendiri, ini adalah waktu tepat buat kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Diakui, kami pun tak selalu dapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan yang ada ini bakal digunakan sebaik mungkin.

“Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dijalankan ini ia dapat membantu dan mengubah nasib mereka. Platform yang disediakan pihak The Giving Bank ini pastinya sangat bermanfaat untuk semua,” katanya.

Menurut Sabronzo lagi, Dolla turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mereka mengenal pasti dan membantu golongan yang memerlukan.

“Di pihak Dolla, kami akan mencari empat individu yang layak menerima bantuan. Cuma, tugas peminat dan orang ramai pula adalah mereka juga boleh pergi ke ruangan komen dengan memberikan informasi mana-mana individu yang mereka tahu sedang memerlukan bantuan.

“Dari situ, mungkin pengguna laman sosial lain yang ingin turut serta dengan kami dalam program ini dapat menghulurkan bantuan. Jadi, semakin ramai mereka yang memerlukan dapat diberikan bantuan,” katanya.

Melihatkan situasi semasa dalam negara ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ternyata memberi kesan yang besar kepada ramai pihak.

Ada yang hilang punca pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan seharian.

Sabronzo berkata, apa yang paling penting ketika ini adalah setiap orang perlu bersabar dan sentiasa kuatkan diri untuk terus bertahan.

“Diakui sudah lebih setahun kita berada dalam keadaan yang kurang stabil. Bukan saja orang biasa, tapi kami dalam industri seni juga terkena tempias sama. Cuma, Dolla bersyukur kerana sebelum ini ada beberapa projek. Tapi, bagi mereka yang terputus punca pendapatan sudah semestinya berasa risau dan mungkin dalam keadaan tekanan.

“Nasihat saya, harap semua boleh bersabar sikit lagi. Semoga dengan kesabaran yang ada membolehkan kita menjalankan aktiviti macam biasa suatu hari nanti. Bagi peniaga, mereka boleh berniaga macam biasa. Insya-Allah, kita boleh kembali normal,” katanya.

Terdapat empat cara mudah untuk orang ramai terbabit dalam The Giving Bank X Dolla.

Langkah pertama adalah dengan ‘follow’ Instagram The Giving Bank. Kedua, tekan butang ‘like’ pada hantatan atau ‘posting’ dimuat naik, ketiga, ‘mention’ nama individu yang anda rasakan layak menerima bantuan dan terakhir, kongsikan hantaran dimuat naik TGB itu di Instagram Story anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023

“Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

Masuk habuk pula mata min ni 😭 Kasih sayang seorang ibu sampai syurga ❤️

Trending Tue, 24 Jul 2018
Trending Fri, 23 Apr 2021

‘Dalam 12 Jam Itu Ada 1 Waktu Yang Doanya Pasti Dimakbulkan’- Ini Waktu Mustajab Berdoa Hari Jumaat

Hari Jumaat ni hari paling mulia, jom sama-sama kita banyakkan berdoa!

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Featured Thu, 11 May 2023
Featured Mon, 19 Feb 2024
Trending Mon, 12 Oct 2020
error: Content is protected !!