Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 22, 2021 @ 10:04am

“Ia Mencabar Mental…” – Hisyam Hamid Hampir Setahun Terpisah Dengan Anak-Anak

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan sudah hampir setahun dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya yang berada di Singapura.

Terpisah kerana tuntutan kerjaya di Kuala Lumpur, Hisyam tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu terhadap isteri dan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

“Sekarang saya berada di sini manakala isteri dan anak-anak ada di Singapura. Kali terakhir saya bertemu dengan isteri pada November tahun lalu manakala dengan anak-anak, tarikh 8 Julai hadapan menandakan sudah setahun saya tidak bertemu mereka.

“Saya memang sangat rindu, tapi ia lebih kepada permainan mental. Saya selalu kena sibukkan diri dengan kerjaya. Sejujurnya, bila sekatan perjalanan penuh (SPP) atau lockdown dilaksanakan, ia agak ‘mengganggu’ kerana sebelum ini, saya sering sibukkan diri di set penggambaran.

“Situasi agak mencabar bagi saya tetapi saya tetap terus kuat dan semua yang saya buat adalah untuk keluarga. Anak-anak sering bertanya bila saya nak balik ke sana, tetapi keadaan belum mengizinkan,” kata Hisyam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu ini juga sering berkomunikasi dengan anak-anak dan isteri menerusi panggilan video.

“Komunikasi adalah sangat penting. Setiap hari mesti saya akan buat panggilan video. Jika berkelapangan, sampai tiga atau empat kali sehari. Selain itu, kami sering berbual di WhatsApp, bertanyakan mengenai persekolahan anak-anak dan sebagainya. Semua perkara dibualkan di sana.

“Ia agak mencabar dari segi mental, saya tak nafikan perkara terbabit tetapi mereka pun faham kenapa saya berada di sini. Apa yang saya buat pun adalah untuk keselesaan keluarga. Saya tak sabar nak balik tetapi tak tahu bila boleh balik ke sana kerana situasi tidak menentu,” katanya lagi.

Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Melrose Hanafi pada 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nurish Syameliah, 14, dan Haydeen, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Fri, 28 Dec 2018

Indonesia Tingkatkan Status Berjaga-Jaga Gunung Berapi

Pemindahan secara besar-besaran yang telah dilaksana membabitkan kira-kira 20,000 orang, berdasarkan angka pada Rabu.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

Hiburan Tue, 8 Mar 2022
Featured Fri, 12 Jun 2026

The Vocket Lancar Euforia Bola, Hab Digital Baharu Buat Peminat Bola Sepak

The Vocket melancarkan Euforia Bola, sebuah platform digital khas yang diwujudkan bagi menghimpunkan pelbagai kandungan menarik sepanjang kejohanan bola sepak terbesar dunia.

error: Content is protected !!