Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 8, 2020 @ 2:57pm

Bayi Baru Lahir Diberi Nama “Lockdown” Sempena Hargai Jasa Frontliner

Sempena menghargai jasa semua pihak yang bertungkus-lumus berjuang memerangi wabak Covid 19 di negara India, sepasang suami isteri dari daerah Sheopur, Madhya Pradesh  bertindak menamakan anak mereka dengan nama “Lockdown”.

Bayi yang dilahirkan pada tanggal 6 April lalu di hospital daerah tersebut merupakan anak kepada pasangan suami isteri yang berusia 24 tahun dan menetap di perkampungan Baccheri.

Akibat situasi kawalan pergerakan yang berlaku di negara India selama lebih tiga minggu telah membimbangkan semua masyarakat India pada waktu tersebut, pasangan suami ini telah bersepakat untuk memberi nama Lockdown kepada bayi mereka yang dianggap sebagai unik.

Menurut pasangan suami isteri yang bekerja sebagai petani ini lagi, nama Lockdown yang diberikan kepada anak mereka merupakan simbolik bagi memperingati situasi Perintah Kawalan Pergerakan di India buat selama-lamanya.

“Isteri saya telah melahirkan bayi kami pada Isnin lalu. Semasa ingin mendaftar nama anak kami, kami telah bersepakat untuk menamakan anak kami dengan nama Lockdown,” , jelas bapa kepada bayi tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan di India telah dijalankan selama 21 hari bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang sedang menular ketika ini.

Sumber: indiatoday

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Mon, 5 Feb 2018

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali

Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai

Featured Thu, 6 Mar 2025
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 28 Apr 2022

Meriahkan Aidilfitri Dengan 3 Buah Lagu Raya Serta Program Menarik Di Hot FM & Molek FM

Wah! Mesti gempak suasana raya kali ni dengan Hot FM & Molek FM 😍

error: Content is protected !!