Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2021 @ 4:29pm

“Jangan Jatuhkan Hukuman Melulu” – Hafidz Roshdi Bengang Netizen Lempar Kata-Kata Kesat Buat Elizad

Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Zain Rashdan mengenai tuduhan kononnya pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mandul dan tidak solat begitu mengundang rasa tidak puas hati semua pihak.

Malah, rata-rata rakan artis dan semua followers Elizad membanjiri komen dengan kata-kata semangat dan doa buat kesejahteraan dan kesihatan Elizad dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Bagi Hafidz Roshdi pula,  sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama bersama Elizad, beliau tidak segan untuk tampil mempertahankan dan memuji tindakan Elizad yang dilihat sangat menjaga solat ketika sesi penggambaran dijalankan.

“Saya saksi, dan saya nampak sendiri depan mata saya.  Kalau terlibat sekali dengan shooting, tiap kali nak  solat dan nak masuk bilik tu, saya akan tengok Elizad dah ada kat dalam bilik tu dan nampak mesti dia dah siap  wudhuk dan bentang sejadah. Memang setiap kali!”

Menurut Hafidz, netizen atau sesiapa sahaja dinasihatkan agar  jangan terlampau suka untuk menjatuhkan hukum kepada orang lain, lebih-lebih lagi apabila tidak mengenali orang tersebut secara langsung ataupun tidak.

 

 

Ini kerana, setiap manusia itu lain dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

“Tak perlulah kita cakap atau judge orang tu berdasarkan luaran sahaja. Oh! sebab tak pakai tudung, tak solat. Tak boleh lah macam tu…” katanya ketika sidang media secara maya yang diadakan pada Khamis.

Terdahulu, Elizad meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat setelah pelbagai ikhtiar yang dilakukannya bersama suami sepanjang tempoh 6 tahun berumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN :  Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Apr 2022
Trending Tue, 14 May 2019

Aliff Aziz Kantoi Lagi, Check In Hotel Bulan Puasa?

Betul ke Aliff Aziz ni? Haih, bulan ramadan pun nak check in hotel ke bang?

Trending Fri, 2 Nov 2018
Trending Sat, 26 Jun 2021

Bunga Kembali Dengan Mereng

Penyanyi rap Bunga kini mengorak langkah dengan melancarkan solo terbarunya yang berjudul Mereng. Mereng merupakan hasil karya dari Bunga sendiri bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong. Lagu yang membawa genre Hip […]

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Sun, 19 Dec 2021

Terharu! Warga Malaysia Sedia Bantu Individu Terkesan Banjir, Ada Yang Tawar Rumah Sendiri Sebagai Tempat Berteduh

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir. Ramai yang terperangkap di rumah, bangunan kerja dan atas jalan raya kerana paras air yang telah menyukarkan perjalanan. Menjengah ke laman […]

error: Content is protected !!