Trending By: Padin June 24, 2021 @ 5:28pm

Hatimu Sedingin Salju Gandingkan Hisyam Hamid & Aprena Manrose

Pelakon Hisyam Hamid dan Aprena Manrose bergandingan dalam drama bersiri terbaru slot Akasia TV3, Hatimu Sedingin Salju.

Karya terbitan Orangetree Production ditayangkan bermula hari ini (24 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada pukul 8.00 malam pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Bahri Uma, nukilan skrip oleh panel Orangetree menggandingkan pelakon-pelakon popular iaitu Hisyam Hamid (Arman), Aprena Manrose (Rania), Hafeez Mikail (Nabil), Bella Dowanna (Shena), dan Scha Elinnea (Melissa).

Hatimu Sedingin Salju mengisahkan Datin Mimi yang resah melihat anaknya, Arman tidak mengendahkan soal perkahwinan walaupun umurnya hampir 33 tahun.

Apabila Datin Mimi terjumpa diari Arman dan juga beberapa gambar seorang gadis yang disimpan rapi, Datin Mimi mula mengupah Nabil, adik Arman sendiri untuk menyiasat siapakah Rania dan apakah statusnya sekarang.

Datin Mimi puas hati kerana Rania belum dimiliki oleh sesiapa. Datin Mimi juga memberi tawaran kepada Nabil.

Sekiranya dia dapat menyatukan Arman dan Rania, dia akan dihadiahkan dengan sports car idaman Nabil dan kejutan itu membuatkan Nabil terkejut.

Pada masa yang sama, Rania baru dikecewakan oleh Haikal, tunangnya kerana tidak hadir ke majlis pernikahan mereka. Rania bertambah kecewa apabila dimarahi oleh ibunya, Puan Noraini.

Puan Noraini berasa malu apabila Rania ditinggalkan oleh Haikal. Lebih menyakitkan hati Rania apabila sepupunya, Melissa juga mengambil peluang ini untuk mentertawakannya.

Datin Mimi juga mula mendekati Puan Noraini untuk mengetahui perkembangan Rania.

Selepas mendapat tahu yang Rania akan pergi bercuti, Datin Mimi mendesak Nabil membawa Arman ke situ untuk menjalankan misi menyatukan Arman dan Rania.

Pelbagai usaha dilakukan oleh Nabil di tempat peranginan tersebut untuk menyatukan Arman dan Rania.

Mula-mula Arman tidak mengendahkan Rania kerana masih beranggapan Rania dimiliki Haikal. Setelah mengetahui mereka berdua sudah putus hubungan, Arman tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi.

Datin Mimi berpuas hati dan mahu segerakan rancangannya. Namun, situasi bakal menjadi lebih rumit kerana Nabil pula mula rasakan ada sesuatu yang istimewa pada Rania yang tidak ada pada gadis-gadis yang pernah dia jumpa.

Teruskan menonton Akasia: Hatimu Sedingin Salju menerusi slot Akasia TV3 mulai 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.

Drama bersiri ini akan ditayangkan sejam kemudian di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama di seluruh Malaysia.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQiyi.

Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Hatimu Sedingin Salju yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV3.

Drama ini menampilkan lagu ‘Andaikan’ nyanyian oleh Sarah Suhari sebagai runut bunyi rasmi (OST). Andaikan, hasil ciptaan komposer terkemuka, Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamshiri.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial:
Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3: @TV3Malaysia
Instagram rasmi Drama Sangat: @dramasangat
Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram iQiyi: @iQiyimalaysia

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Dec 2020
Trending Sun, 11 Nov 2018

Air Minuman Jenama Tempatan Yang Diimport Dari Malaysia Ditarik Balik

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Sekadar Tetamu Jemputan, Netflix Sahkan Aaron Aziz Tak Berlakon ‘Extraction 2’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video perkongsian Datuk Aaron Aziz teruja dapat berjumpa Chris Hemsworth pada tayang perdana filem Extraction 2 di Manila. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang beranggapan bahawa Aaron Aziz berlakon […]

Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Featured Wed, 12 Jan 2022

Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemuda yang didakwa mencuri duit surau melalui proses mandi jenazah dan ia dilakukan oleh beberapa jemaah. Video berdurasi 1:26 minit itu mempamerkan seorang lelaki tua yang dipercayai […]