Trending By: Salma Syahbuddin June 30, 2021 @ 1:38pm

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Menjadi antara lebih 300 penerima Anugerah Diana 2021 yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Mogesh Sababathy, 23, Yi Kang Choo, 22 dan Sahana Kaur, 16, adalah anak muda Malaysia yang membanggakan negara dengan pencapaian ini.

Memetik laporan diana-award.org.uk , Anugerah Diana 2021 ini diwujudkan bagi memperingati Princes of Wales Puteri Diana dan anugerah ini diberikan oleh badan amal Diana Award kepada generasi muda berusia sembilan hingga 25 tahun yang mencurahkan bakti untuk mewujudkan dan mengekalkan perubahan positif selain mengiktiraf kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dilakukan mereka.

Pada majlis itu juga, Duke of Sussex Putera Harry menzahirkan rasa bangga terhadap semua penerima.
“Bonda kami percaya orang muda mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Baginda berkeyakinan terhadap kemampuan kalian kerana baginda melihatnya saban hari pada wajah-wajah orang muda seperti kalian, baginda menyaksikan semangat yang berkobar-kobar,” titahnya.
Sahana Kaur merupakan penuntut Garden International School, Kuala Lumpur yang memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Jawatankuasa Belia Amnesty International Malaysia, mahu penggubal dasar mendengar pandangan generasi muda.
Selain itu, beliau turut membantu cawangan Amnesty tempatan mengumpulkan 2,000 poskad petisyen untuk ‘Write for Rights’ , kempen pada 2020 yang membawa kepada pembebasan Magai Matiop, 19, daripada hukuman mati, selain turut bercakap tentang aktiviti belia di acara-acara bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mogesh Sababathy (@mogeshsababathy)

Sementara itu, kecintaan Mogesh terhadap lautan mencetuskan ‘Project Ocean Hope’ yang diasaskannya secara bersama pada 2017, dengan mengetengahkan tentang keperluan kepada usaha pemuliharaan marin.
Bukan itu sahaja, pemuda ini juga menganjurkan forum pengurusan sisa buangan pada 2018, sebelum membawa Project Ocean Hope ke sekolah-sekolah. Malah, tahun ini sahaja beliau telah melawat 10 buah sekolah.
Sejak itu juga, Mogesh dan pasukan Project Ocean Hope telah menganjurkan satu siri webinar berkaitan kesedaran tentang lautan yang disertai lebih 10,000 individu dari 15 negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yi Kang Choo (@ykchoo98)

Welfare Taskforce for Malaysian Students Abroad‘ (Pasukan Petugas Khas bagi Pelajar Malaysia di Luar Negara) pula dilancarkan oleh anak muda berusia 22 tahun ini yang mengambil inisiatif menyalurkan sokongan kepada pelajar yang tidak dapat pulang ke tanah air disebabkan pandemik COVID-19, atau mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akibat keterasingan di bumi asing.
Selain itu, Choo juga merupakan seorang kauselor sukarela terlatih Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Penganiayaan Kanak-Kanak (NSPCC) yang menyokong usaha golongan muda di UK dalam pelbagai isu penting termasuk buli, dera, mencederakan diri sendiri serta isu berkait hubungan keluarga.
Syabas diucapkan buat ketiga-tiga anak muda ini!
Sumber : Bernama, diana-award.org.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Trending Thu, 11 Jan 2018

IKEA杂志广告能验孕?准妈妈才能有的隐藏折扣

一向非常「广告正确」的居家业者IKEA,近期以一则创新的「测试折扣」又引起大众关注!在一页广告IKEA所生产的婴儿床图案下方,竟然可以验孕,且只要检测为已怀孕,上方将浮现折扣的惊喜价。

Featured Fri, 29 Apr 2022
Trending Sat, 18 Jan 2020

Kurung 4 Kanak-Kanak Dalam Sangkar Kayu

Pihak berkuasa berjaya menahan 3 suspek yang didakwa melakukan kesalahan mengurung 4 orang kanak-kanak dibawah umur didalam sangar kayu dalam sebuah rumah di Alabama. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan kanak-kanak selepas pihak berkuasa […]