Trending By: Padin July 10, 2021 @ 8:27pm

Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19, Fendy Caliph Buskers Bersyukur Dapat Perhatian Kerajaan

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, bersyukur kerana kegusarannya mendapat perhatian pihak kerajaan.

Fendy memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial Jumaat lalu.

Perkara terbabit merupakan usaha Fendy yang buntu memikirkan nasib hidup kerana duit simpanan menyusut akibat pandemik Covid-19, sewa rumah yang tinggi perlu dilunaskan setiap bulan.

Masalah yang dihadapi oleh bapa tunggal berstatus Orang Kurang Upaya itu mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang datang melawat Fendy dan anaknya pagi tadi di kediaman mereka di Sentul, Kuala Lumpur.

“Saya memuat naik video berkenaan kerana berharap pihak kerajaan dan kementerian tertentu boleh memudahkan urusan saya meluluskan]n permohonan rumah sama ada secara menyewa atau sewa beli

“Tak sangka Datuk Seri Rina Harun, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta wakil dari Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) sudi menjenguk saya di kediaman.

“Mereka datang ada memberi sumbangan makanan serta wang ringgit dan turut memberi jaminan untuk memudahkan permohonan saya mendapatkan rumah.

“Ikutkan saya pernah memohon untuk mendapatkan rumah sekitar tahun 2017. Namun ia berlalu sepi begitu saja,” kata Fendy.

Tambah Fendy lagi, saat ini dia masih cukup makan pakai. Malah saban hari, rezeki makanan tetap datang tanpa diduga.

“Saya belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya. Apa yang saya risaukan ialah soal rumah.

“Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019.

“Bulan Disember 2019, pandemik sudah menyerang dunia. Sekitar bulan Februari 2020, sempat jugalah rasa buat ‘show’ masa pandemik. Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi,” katanya.

Demi meneruskan survival hidupnya juga, Fendy turut menjual dua set dram selain perkakasan alat muzik berkenaan.

“Hasil jualan dua set dram itu saya berjaya dapat dalam RM3,000 lebih. Adalah serba sedikit pulangan. Macam saya cakap bab makan itu tak ada masalah. Saya pun makan serba sederhana.

“Mi segera pun saya boleh layan berhari-hari. Cuma kalau giliran anak ada di rumah, dia nak makan itu ini. Terutama makanan kegemarannya, roti canai. Jadi terpaksa ‘order’ menerusi aplikasi penghantaran makanan.

“Saya pun enggan berpeluk tubuh dan meminta minta. Jadi saya manfaatkan bakat muzik yang ada. Kalau celik mata, saya boleh buat pelbagai kerja demi meneruskan kelangsungan di era pandemik ini. Tapi apakan daya, saya OKU.

“Sejak empat minggu lalu, saya mula mengambil inisiatif buat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam. Saya sertakan juga nombor akaun bank untuk mereka yang mahu menyumbang ketika menonton persembahan saya.

“Masa awal buat adalah serba sedikit rezeki boleh diraih. Tapi sejak deman bola EURO 2021 mula datang, ‘slow’ sikit sambutan sebab ramai tengok perlawanan bola sepak,” katanya.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Apr 2023

[VIDEO] Mesra Santuni Keluarga Mentua, Netizen Sepakat Fazura Wajar Jadi Isteri Contoh – “Susah Dapat Menantu Ikhlas…”

Alhamdulillah ❤️❤️ Tak semuanya diberi peluang untuk merasai kasih sayang ibu mentua. Untung Faz

Featured Thu, 5 Jan 2023

Terima Kejutan Sambutan Ulang Tahun , Zahid Hamidi Titip Ucapan Terima Kasih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian umum setelah menerima kejutan ulang tahun yang ke-70 semasa berlangsungnya Mesyuarat Kabinet. @ahmadzahidhamidiPagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi semasa Mesyuarat […]

Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Trending Thu, 28 Jun 2018

Penyokong Kecewa Jerman Kalah Dengan Korea

Apa nak buat…bertabahlah ya penyokong bola sepak pasukan Jerman. Buat pasukan Korea, Good Luck untuk perlawanan seterusnya!

Trending Fri, 4 Jun 2021

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Haa, jangan hasut orang lain wahai si antivaksin

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

“Ummi Bilal Ni Jerit Tak Berlagu” – Neelofa Beri Nasihat Jangan Cium Anak Orang Lain

Min setuju.. Risau tau keliling kita ada virus masih berlegar legar lagi

Featured Mon, 5 Apr 2021

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian […]