Trending By: Padin July 11, 2021 @ 7:16am

Lockdown Jadi Sebab The Truth Tangguh Muzik Video

Mencabar dan penuh dugaan. Itu yang dapat disimpulkan oleh duo The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa dan Irwan Fariz ketika berkongsi proses penerbitan single Infiniti yang baru sahaja dilancarkan di semua platform digital.

Menurut Naufal, pengumuman ‘lockdown’ yang dibuat oleh Perdana Menteri hadir ketika The Truth berada di fasa akhir rakaman di studio.

Walaupun terkesan dengan pengumuman tersebut, rakaman Infiniti tetap berjaya disempurnakan beberapa hari sebelum ‘lockdown’ mula berkuatkuasa di seluruh negara.

Menurut Naufal, biarpun masih berada di dalam fasa ‘lockdown’, segala kerja pasca-penerbitan dan promosi Infiniti dapat dilaksanakan dari rumah dengan baik oleh tim produksi Tarbiah Sentap.

“Cabaran terbesar release lagu waktu lockdown ni adalah dari segi penggambaran music video itu sendiri kerana perlu melibatkan pelbagai pihak dan proses penggambaran di luar.

“Dalam situasi negara yang masih bergelut menangani pandemik ni, adalah lebih wajar untuk kami mendahulukan urusan-urusan yang lebih kritikal jika ingin keluar dari rumah,” katanya.

Jelas Naufal lagi, klip video rasmi Infiniti pada asalnya dijadualkan untuk terbit pada hari yang sama lagu itu dilancarkan. Walaubagaimana pun, The Truth akur dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara demi kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.

“Dalam apa jua keadaan pun, kita semua mahu perintah ‘lockdown’ ini berjaya menurunkan kadar jangkitan Covid-19. Kerana itu kami dan pihak pengurusan merangka beberapa perancangan kontigensi termasuk menangguhkan pelancaran music video ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Tambah Irwan pula, sebagai gantinya, lagu infiniti dipersembahkan kepada peminat dalam bentuk video animasi ringkas ciptaan Azeem Razali yang memaparkan watak The Truth menyampaikan maksud di sebalik lagu itu.

“Kami nak hargai jasa Trvthfam yang tak pernah putus menyokong Infiniti sejak tarikh lagu ini diumumkan. Tak sanggup rasanya nak biarkan peminat kami terus ternanti-nanti.

“Sebab tu untuk Infiniti, Tarbiah Sentap Records akan terbitkan 3 versi video dan salah satunya adalah video animasi ringan yang disertakan bersama lirik,” katanya.

Single Infiniti merupakan ciptaan komposer Akmal Mustafa, merupakan karya yang mengetengahkan konsep hubungan abadi sesama manusia.

Menurut Akmal, setiap orang mungkin memiliki kawan yang sentiasa mengingatkan sahabatnya tentang akhirat. Namun kewujudan mereka dilihat semakin tandus dan janggal di akhir zaman ini.

“Infiniti melambangkan satu konsep yang tiada had. Dalam konteks lagu ini, ia merujuk kepada hubungan persahabatan yang berkekalan hingga di akhirat yang kekal abadi.

“Sebagai muslim kita mempercayai kewujudan akhirat yang kekal abadi. Begitu jugalah hendaknya persahabatan yang terjalin antara orang beriman, didasari matlamat untuk kekal hingga ke syurga,” katanya.

Menariknya menerusi single Infiniti, The Truth mempersembahkan karya mereka di dalam mood yang lebih bertenaga dan upbeat berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini.

Masih memilih pop rock sebagai genre utama, Infiniti menyerlahkan lagi vokal duo The Truth agar kelihatan lebih versatil. Pemilihan kunci vokal yang lebih tinggi, sesuai dengan mood lagu yang energetik, menjadikan Infiniti satu cabaran hebat bagi Irwan dan juga Naufal The Truth.

“Besar harapan kami agar lagu Infiniti dapat diterima baik oleh seluruh masyarakat bahkan menjadi lagu anthem sebuah persahabatan yang didasari keimanan.

“Berbicara mengenai peluang untuk berkolaborasi bersama artis lain dari dalam dan luar negara secara solo atau berkumpulan, Wallahualam. Buat masa ni masih belum ada perancangan untuk bergerak secara solo.

“Cuma andai ada di antara kami ingin mengeluarkan single sendiri atau berkolaborasi dengan artis dari pelbagai negara pun tak ada masalah. Pintu kami sentiasa terbuka.

“Selagi karyanya menerapkan nilai-nilai positif dan shariah compliance, insya-Allah, The Truth tidak ada halangan untuk berkerjasama. Apa yang paling penting, peminat tidak perlu risau kerana The Truth tetap masih ada,” katanya.

Infiniti versi animasi terbitan Tarbiah Sentap Records kini sedia untuk ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap. Single terbaharu itu juga boleh diperdengarkan di semua platform penstriman digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music seluruh dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Respect betul dengan Awie! Sambil konvoi kita tunjuk solidariti 🔥🔥🔥

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Trending Tue, 12 May 2020

Bantuan Khas Aidilfitri Diberikan Buat Penjawat Awam Dan Pesara Mulai 20 Mei

Hargailah jasa mereka yang bertugas di barisan hadapan..

Featured Mon, 1 Aug 2022