Trending By: Salma Syahbuddin July 16, 2021 @ 6:06pm

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

SPS Lindung adalah perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri PERKESO, di mana kerajaan menyediakan bantuan caruman sepenuhnya kepada Kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2021

Bantuan kerajaan ini merupakan pakej penambahbaikan ke atas inisiatif penjana Gig yang sedia ada yang diberikan kepada kumpulan ini sejak 15 Jun 2020.

Berikut merupakan maklumat lanjut kelayakan bantuan SPS Lindung dan cara membuat semakan ;

Kumpulan sasaran

Antara kumpulan orang Bekerja Sendiri (OBS) yang disasarkan menerima inisiatif ini ialah ;

  • Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima seramai 40,000 orang – Delivery Riders adalah merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki

Kadar bantuan SPS Lindung

Bantuan kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui SPS Lindung adalah berbentuk pembiayaan penuh terhadap caruman SKSPS.

Berikut merupakan empat jenis pelan bayaran caruman SKSPS ;

Pelan caruman ini adalah pelan caruman kedua iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.

Syarat kelayakan

Syarat-syarat yang melayakkan OBS mendapatkan manfaat di bawah SPS Lindung ialah ;

  • Warganegara Malaysia / Pemastautin tetap
  • Tanpa mengira had umur
  • OBS bekerja sendiri di bawah kategori Delivery Riders
  • Bekerja sepenuh masa ATAU separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Permohonan & Dokumen yang diperlukan

Permohonan untuk SPS Lindung ini boleh dibuat menerusi permohonan terus ke pejabat PERKESO. Dan dokumen yang diperlukan adalah;

  • Salinan kad pengenalan
  • Profil ID pekerja OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan
  • Salinan lesen motorsikal
  • Salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi yang berkaitan bagi OBS yang menggunakan basikal dan pejalan kaki

Semak kelayakan

OBS yang layak boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan penyertaan program ini melalui;

  1. Semakan melalui sistem matrix matrix.perkeso.gov.my iaitu melalui status pengesahan bekerja sendiri
  2. Semakan kelayakan permohonan di 54 kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara
  3. OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan melalui email

Untuk maklumat, tarikh kuatkuasa SPS Lindung ini adalah pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Dan, tarikh perlindungan OBS di bawah SPS Lindung bermula pada masa pendaftaran yang disahkan oleh pihak PERKESO.

 

Untuk maklumat lanjut, ada boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO menerusi talian 1-300-22- 8000 ATAU emel kepada [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Featured Fri, 26 Feb 2021
Selebriti Tue, 26 Mar 2024

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan – Pengurus

Trending Wed, 10 Feb 2021

Jangan Salah Guna Kebenaran Makan Di Restoran – KPDNHEP

Patuh SOP, Kita masih belum menang!

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Viral Kerana Sering Tiru Suara Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan & Nabila Razali, Kini Amsyar Leee Muncul Dengan Single Sendiri

Setelah tular di media sosial dengan video yang mempunyai keunikan meniru ton suara penyanyi terkenal di Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nabila Razali dan Elizabeth Tan, kini Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri […]

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Trending Tue, 16 Jun 2020