Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 9, 2020 @ 2:19pm

“Mulut Pun Jagalah, Jangan Cakap Macam Kau Hebat Sangat” – Netizen Berdebat Cara Kritikan Mas Idayu Di LCK2

Nampaknya, rancangan realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada minggu lalu menimbulkan  kekecohan apabila panel juri utama, Mas Idayu melontarkan kritikan kepada pasangan peserta finalis iaitu Farah dan Indra. 

Pasangan yang menyanyikan lagu Sembunyi itu mendapat kritikan hebat daripada Mas Idayu sehingga menyebabkan ramai netizen yang bersimpati dengan nasib mereka.

Disebabkan gagal melakukan persembahan dengan baik, Mas Idayu lantang mempersoalkan kualiti persembahan mereka.

“Mulut pun jagalah, jangan cakap macam kau hebat sangat” 

Sedutan komen Mas Idayu mengkritik persembahan Farah dan Indra dikongsi di laman Instagram rasmi TV3.

Menjengah di ruangan komen, ternyata cara kritikan Mas Idayu menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen.

Ada yang berpendapat Mas Idayu perlu menjaga hati peserta dan tidak sepatutnya melontarkan kata-kata sedemikian.

Namun, ada segelintir yang menyokong cara kritikan Mas Idayu dan berpendapat itu merupakan cara panel juri mendisiplinkan peserta, kalau tak marah tak belajar pula.

Wah, boleh tahan juga mulut netizen kita ni. Apapun, jangan lupa saksikan LCK 2 pada setiap Ahad jam 9 hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my.

Baca artikel berkaitan: Mas Idayu ‘Naik Angin’ Di Pentas LCK2? Jom Recap Ranking & Komen Penuh Juri Di Episod 4

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 Sep 2022
Featured Mon, 3 Jan 2022

Lionel Messi & Tiga Pemain PSG Positif Covid-19

Bintang bola sepak terkenal Lionel Messi dan tiga ahli pasukannya di dalam kelab bola Perancis, Paris Saint German (PSG) disahkan positif Covid-19. Perkara ini dimaklumkan oleh PSG pada Ahad. Pemain lain yang turut dijangkiti wabak […]

familuv Fri, 24 Feb 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Luna Maya Terima Lamaran Maxime Bouttier, Menanti Hari Hidup Bersama

Luna Maya muat naik foto cincin berlian terima lamaran Maxime Bouttier

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!