Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 27, 2021 @ 11:55am

“Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin, 37, berkongsi khabar duka dia dan suami, pelawak Shuib, 37, serta anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif Covid-19.

Pelantun lagu Jangan Kau Mimpi ini mendedahkan perkara terbabit menerusi sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua.. Kami dah dapat dah keputusan ujian calitan pagi ini.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19.

“Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari ni. Kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin insya-Allah,” tulis Sarah.

Tambah Sarah lagi, dia dan keluarga mahu kekal berfikiran positif biarpun positif Covid-19.

“Sarah nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan post di Instagram ini bagi pihak Sarah.

“Sarah dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan Sarah dan famili segera sembuh ya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

Semalam, Sarah memaklumkan yang pembantu rumah mereka disahkan positif wabak ini dan mereka sekeluarga menjalani ujian calitan di rumah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Sat, 20 Apr 2024
Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Mon, 30 Apr 2018

Australian Uni Evacuates 500 Students and Staffs Because of Durian Smell

They thought the stinky fruit was a gas leak!

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Featured Wed, 25 Oct 2023
Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Jangan Simply Label Orang Perempuan Murah, Suruh Adik You Move On” – Saidah Kamarudin

Saidah mengaku kenyataannya sebelum ini adalah untuk pertahankan diri

error: Content is protected !!