Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 28, 2021 @ 7:00pm

Bantuan Tambahan Tidak Jadi Beban, Individu Boleh Buat Aduan Moratorium Jika… – Pakar

Kedudukan kewangan kerajaan kekal kukuh dan tidak terbeban dengan keperluan menyediakan bantuan tambahan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Zakiah Jaafar.

Namun, kerajaan akan menimbang semula keutamaan perbelanjaan, mengawal aliran tunai dan meningkatkan pinjaman jika perlu sekiranya sekatan ekonomi akibat pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berlanjutan.

“Malaysia tidak bergerak ke arah negara muflis seperti mana ada yang di luar sana mengatakan sedemikian. Kewangan kerajaan juga tidak dibebani dengan pakej bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan.

“Namun, jika sekatan pergerakan sepenuhnya berlanjutan di mana kebanyakan sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi, kerajaan perlu menimbang semula keutamaan dalam perbelanjaan, aliran tunai dan pinjaman,” katanya.

Pedestrian passing through near the Bank Negara building during RMCO on July 10. Pics for story on loan moratorium period to end in September. AZMAN GHANI / The Star

Tambahnya lagi, sekiranya negeri-negeri beralih kepada fasa berikutnya dalam PPN, program vaksinasi berjalan lancar dan lebih banyak sektor ekonomi dibuka maka ia sekaligus menyokong kepada pertumbuhan ekonomi.

“Ekonomi kita tahun ini masih terjejas tetapi masih mencatatkan pertumbuhan positif meskipun sederhana. Namun, kita masih mampu membayar semua hutang negara setakat ini. Penarafan kredit kita masih baik dan pelaburan asing masih memasuki negara

Mengulas mengenai moratorium, Zakiah menegaskan, pelanggan yang tidak berpuas hati akibat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak bank boleh membuat aduan kepada bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita dapati ramai pelanggan individu dan perniagaan memerlukan moratorium. Namun, ada juga segelintir kumpulan yang tidak terjejas dan tidak memerlukan bantuan ini.

“Sebab itu, kita beri pilihan untuk memohon, walaupun kelulusan adalah automatik tanpa dokumen diperlukan,” jelasnya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Aug 2023
Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Featured Wed, 13 Aug 2025

“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

Ariz menafikan dakwaan bahawa dia mengamuk selepas Anna dibawa keluar dari kereta pacuan empat roda oleh peguamnya.

Featured Sat, 3 Dec 2022
Events Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Puteri Khareeza Kembali Dengan Single Lumrah Cinta, Teruja Kolaborasi Bersama Syamel & Aepul Roza

Puteri Khareeza kembali menyerikan industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul Lumrah Cinta.

Cahaya Mata Fri, 30 Sep 2022

Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Alhamdulillah.. Tahniah Adira dan keluarga 🥰

error: Content is protected !!