Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2025 @ 11:00am

Puteri Khareeza Kembali Dengan Single Lumrah Cinta, Teruja Kolaborasi Bersama Syamel & Aepul Roza

Penyanyi berbakat Puteri Khareeza kembali menyerikan industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul Lumrah Cinta, sebuah karya istimewa ciptaan sepenuhnya oleh Syamel dan Aepul Roza.

Menurut Puteri, pemilihan lagu ini dibuat dengan teliti selepas berbincang bersama pihak pengurusan, Alternate Records and Talents bagi memastikan kesesuaiannya dengan vokal serta kelancaran kerjasama dengan komposer dan penulis lirik.

“Sebelum muncul dengan single ini, saya dan pihak pengurusan telah berbincang mengenai kesesuaian lagu dengan suara saya. Kami turut menilai sama ada lagu ini boleh diterima dengan baik atau tidak serta sejauh mana keserasian bekerja dengan komposer dan penulis lirik.

“Selepas perbincangan, saya yakin Lumrah Cinta adalah pilihan yang tepat untuk saya,” katanya kepada XTRA.

Puteri ditemui di majlis berbuka puasa Alternate Records and Talents dan majlis pelancaran muzik video Lumrah Cinta di Saprah KL, baru-baru ini.

Teruja Bekerjasama dengan Syamel & Aepul Roza

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama Puteri berpeluang bekerja dengan Syamel dan Aepul Roza, dua nama besar dalam dunia penciptaan lagu dan nyanyian.

“Saya sendiri kagum dengan bakat mereka sebagai penyanyi dan komposer. Jadi, bila dapat peluang untuk bekerjasama dengan mereka, sudah tentu saya sangat teruja.

“Apabila saya mendengar versi demo yang diberikan, Syamel sendiri yang menyanyikannya dan ia kedengaran sangat sedap. Korus lagu itu terus menangkap jiwa saya dan membuatkan saya semakin yakin dengan pilihan ini,” jelasnya.

Bersama syarikat rakaman Alternate Records and Talents, Puteri akhirnya bersetuju untuk merakamkan lagu tersebut dan menjadikannya sebagai single terbaru yang diharapkan dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

Sekam di Dada

Dalam perkembangan lain, Lumrah Cinta dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Sekam Di Dada yang sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Jangan lupa saksikan Sekam Di Dada lakonan hebat Amyra Rosli, Datuk Adi Putra, Josiah Hogan, Auni Yusri, Apich Lo, Arash Mohd dan ramai lagi pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Feb 2019

Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Gadis Terharu Tak Sangka Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 14 Sep 2021

Lagu Bahagia Eza Edmond Kini Tular Di Indonesia

Single Bahagia nyanyian Eza Edmond telah muncul pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sebagai bakat baharu, Eza berjaya meraih lebih 13.1 juta tontonan menerusi muzik video dan video lirik lagu Bahagia di laman […]

Hiburan Tue, 7 May 2024
Featured Wed, 24 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa, Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian, & Ramai Guru Sakan BerTikTok Dikecam

Bukan guys, tu gambar sel penjara di Switzerland 🤭 Fuhh style la abg abg pakai baju tema retro ala-ala 70 an! 🔥🤩 Guru kuat bertiktok ni macam dah jadi trend kan? 🥲 Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

error: Content is protected !!