Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 8, 2021 @ 2:19pm

Tahniah! Azizulhasni Awang Raih Pingat Perak Untuk Malaysia Di Olimpik Tokyo 2020

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila beliau meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrum Izu Tokyo sebentar tadi.

Kejayaan itu sekaligus menjadikan beliau sebagai satu satunya wakil Asia dalam acara keirin lelaki.

Ia merupakan pingat kedua dan terakhir Malaysia untuk edisi Olimpik Tokyo tahun ini.

Dalam saingan akhir, Azizulhasni berjaya mengatasi juara dunia dari Belanda untuk membawa pulang pingat perak manakala pelumba Great Britain, Jason Kenny muncul meraih pingat emas.

Difahamkan, kejayaan beliau menjadi inspirasi dan semangat tersebar tatkala berhadapan dengan ujian penyakit yang dihadapi oleh bapanya.

“Masa saya terbang ke Tokyo saya dapat tahu ayah saya masuk hospital kerana mild stroke (angin ahmar). Tapi adik-beradik saya mahu saya fokus Olimpik. Saya tiada pilihan, saya fikirkan tanggungjawab saya kepada negara.

“Ada masa memang kena terima, bukan semua kita boleh kawal. Saya sudah beri segala-galanya dan saya harap semua tidak kecewa dengan keputusan ini,” katanya yang tidak dapat menahan air mata semasa ditemubual wartawan Malaysia.

Syabas buat Azizulhasni Awang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Hiburan Sun, 14 May 2023
Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Orang Perang Sana Sini, Hang Sibuk Tanya Aku Bila Kahwin” – Zul Ariffin

Zul Ariffin, tampil meluahkan rasa kurang senang apabila sering diajukan soalan berkaitan perkahwinan

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Trending Mon, 21 Jun 2021
Trending Wed, 18 Nov 2020
Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Sat, 22 Mar 2025

Hanya Berkawan Dengan DJ Kidd, Emma Maembong Masih Solo – “Dia Bukan Punca Saya Bercerai”

Emma Maembong mengakui dia mengenali DJ Kidd selepas bertemu di lokasi penggambaran

error: Content is protected !!