Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 14, 2021 @ 9:46am

Pembukaan Sesi Persekolahan 1 September Ini Wajar Dikaji Semula

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan semula pembukaan sesi persekolahan pada 1 September ini memandangkan bilangan kes COVID-19 masih di tahap membimbangkan.

Menurutnya, membenarkan anak-anak kembali ke sekolah dalam keadaan sebegini bukan sahaja mengundang risiko tinggi malah satu tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius,” 

“Malah, kerajaan juga belum lagi melaksanakan imunisasi kepada remaja berumur 12 ke 18 tahun dan guru secara menyeluruh” katanya.

Manakala, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah serta mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun, pembelajaran secara maya atau Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

 

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 May 2025
Trending Fri, 13 Mar 2020
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Featured Thu, 10 Nov 2022

Imbau Momen Indah Bersama, Puteri Balqis Rindu Arwah Abam – “Pelangi Saya Masih Tidak Berwarna”

Alahai, sayunyaaa luahan hati Aqish nii 🥰 Min pun rindu gelak tawa arwah Abam Bocey.. Al-fatihah ❤️

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Sultan Pahang Kurniakan Suami Pingat DIMP, Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hafez dan Datin Nelydia Senrose.

error: Content is protected !!