Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 16, 2021 @ 4:22pm

“Tak Ada Job Sangat Ke?”- Johan As’ari Dikritik Gara-Gara Beri Kata Semangat Kepada Muhyiddin Yassin

Pelakon, Johan As’ari meluahkan rasa terkilan beliau apabila dikritik gara-gara memberikan kata semangat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi laman Instagram, Johan berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan kepada Perdana Menteri.

“Kita sebagai rakyat Malaysia harus ada semangat patriotisme. Caption saya berdiri bersama PM tiada kena mengena soal politik, saya hanya mengekspresikan keprihatinan sebagai marhaen”, tulisnya.

Terdahulu, menerusi laman Twitter Johan mengatakan ramai yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik di zaman kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambahnya lagi, Allah kini sedang mengangkat darjat beliau dan disebabkan itu diberikan ujian berat kepada Muhyiddin. Dalam pada itu, Johan turut meminta Muhyiddin bersabar dengan segala ujian.

Status tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata ratanya mengaitkan dirinya dengan sengaja cuba untuk meraih simpati kerana kehilangan pekerjaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 9hari ini meletakkan jawatan sebagai perdana menteri setelah berkhidmat hampir 17 bulan. Walaubagaimanpun, beliau kini memegang jawatan sebagai perdana menteri interim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 3 Aug 2018

Anak Dara Shah Rukh Khan Hiasi Muka Depan Vogue India. Meletop!

Status sebagai pewaris legasi seni orang tuanya, sudah cukup menarik perhatian Vogue India untuk menampilkan Suhana sebagai penghias muka depan majalah itu.

Trending Tue, 21 Jul 2020
Trending Thu, 27 May 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Bermula Awal Jun Ini!

Boleh check tarikh bayaran nanti…

Trending Wed, 21 Aug 2019

Here are 6 Must-Go Western Eateries in Shah Alam that Promise You Good Food

Now you no longer need to break the bank to get good food.

Konsert Wed, 13 Dec 2023
Trending Sat, 6 Jun 2020
Featured Thu, 12 Mar 2026

“Saya Tak Anggap Pertanyaan Itu Perkara Toksik” – Amyza Aznan Perjelas Kerap Pakai Shawl Yang Sama Berulang Kali, Nafi Terasa Hati Dengan Peminat

Demikian respons pelakon dan pelawak, Amyza Aznan ketika diminta mengulas mengenai komen yang diberikan warganet terhadap selendang (shawl) yang sering digunakannya.

Featured Thu, 9 May 2024
error: Content is protected !!