Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 16, 2021 @ 6:51pm

“Saya Cuba Lakukan Yang Terbaik Untuk Selamatkan Nyawa”- Muhyiddin Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri sekitar jam 3 petang tadi, Muhyiddin mengakui sebagai manusia biasa beliau tidak lari daripada melakukan kesilapan sepanjang pemerintahannya.

“Saya ingin ambil kesempatan ingin memohon keampunan daripada saudara saudari segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang jadi Perdana Menteri.

“Saya dan rakan-rakan jemaah menteri telah cuba melakukan terbaik untuk mneyelamatkan nyawa dan melindungi saudara saudari sekelian dalam tempoh krisis masih kita hadapi pada masa ini.

“Namun, sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah silap di sana sini, jadi saya mohon ribuan ampun dan maaf,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen hari ini.

Beliau turut menjelaskan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terbantut, bagi memastikan sektor ekonomi dapat dibuka semula sekaligus ekonomi negara kembali pulih.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Siapa Pelakon Sindir Pengacara Wanita Melodi?

Syazwan Zulkifly memuatnaik status yang menyindir dan berunsur kasar sekaligus mengkritik gaya pengacaraan Janna Nick dalam Melodi. Bagaimanapun, pelakon itu tampil memohon maaf

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Trending Wed, 28 Apr 2021

Bunting Pelamin, Ayda Jebat Hamil 4 Bulan

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil empat bulan. Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dan suami, pengacara Nabil Mahir, 33, pada majlis Iftar Bersama […]

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

error: Content is protected !!